January 6, 2022

Kuala Lumpur - Terengganu 3hari2malam 🏍🏍

KL 10 pagi 😎


Hari pertama singgah Kuantan 12 tengah hari

Pi Kula Cake. Naik motor senang parking kereta nampak mcm payah je parking.



Pi Jaman tory resepi cari tempoyak ikan patin. Sedap 5/5 tapi lain kali boleh order 1 ikan je sebab besar ikannya boleh kongsi 2 orang..









Lepastu pergi teluk chempedak singgah loteng tapi macam tak buka lagi.



Niat lalu singgah pulak dekat Cafe marion yang viral tu pi la pukul 1 tapi dia punya beratur panjang aduss patah semangat.. dari jalan besar tengok tenang jee ingat setakat beratoq 5-6 orang ja laa.. sekali beratur panjang tengah panas ðŸĪŠ




Teruskan ke Chalet annes Kuala Terengganu (0145338585) 1 malam RM 100 dia punya selesa bersih 5/5. Wangi je bilik bau selimut berdobi dari sewa 1 malam kami upgrade 2 malam. 







Sampai Kuala terengganu 6 petang. Hujan lebat di paka sekejap tapi kami redah je 

Rehat mandi lepas maghrib sebelum 8 kami pi kedai makan KOFFIE. Sedap 5/5 western dia dan murah kedai pulak cantik. Kami jakun sikit la amek gambar.







Jalan jalan ke bandar jem tahap moto tak boleh lalu kami pulak lupa nak tinggal box. Terus balik je la lagipun penat tak habis 1 hari atas moto



Hari kedua :

Sarapan nasi dagang atas tol, pukul 7 lebih dah pergi jadi cepat la kami dapat tempat duduk nak makan. Jeling la kami kat orang beratoq panjang nk masuk hihi

Chalet annes siap2 nak ke Lata Payung, Setiu. Terbang drone sambil mandi air terjun yang jernih sangat berbaloi pergi walaupun jauh 







Balik kami singgah warung pok nong. Dari chalet annes ke warong pok nong tak sampi 5 minit dekat sangat. Masuk gerai di beri No giliran kemudian duduk tunggu nanti No giliran di panggil baru ke kaunter makanan pilih nak makan apa. Sotong Rm mengikut size nak ikan brp ekor nak udang berapa bekas.. kopok leko. Air. Kemudian byr duduk makan. Cara depa lain sunggoh ada no giliran sblm order makanan..



Jangan lupa singgah beli kopi dan bomboloni kedai viral dekat2 situ juga.

Kedai kopi dan kudap








Beli kopi dan bomboloni boleh la pusing kg pantai mangkuk & pantai penarik bergambar sambil terbangkan drone lagi 









singgah Surau Langgar Rindu



Hari ke 3

Singgah bandar amek gambar miboo bluee 





Terus ke makana tengah hari kembali lak ke kedai makan di marang yang sedap dan murah 



Sekian, paling best terengganu boleh makan tempt tempat viral tanpa was was halalnya ðŸĨ°ðŸĨ°

Tempat plan tapi tak sempat pergi @ tak jadi pergi. Boleh simpan untuk kali ke3 datang terengganu insyaAllah

- Kedai makan belago angin ( makan tengah hari) = perut kenyang tak de ruang nak isi

- Rumah tok @ setiu = tak sempat sebab nak magrib da

- Ulek beach resort = mungkin lain kali resort cantik tapi jauh juga nak ke terengganu

Kuantan

- Warong paksu dan maksu kuantan buka 12tgh hari = perut penuh jugak tak larat singgah makan da

- Akar kopi kuantan buka 4ptg = ahad tutup tak boleh pergi

7 comments:

  1. wahh sonoknyerr jalan2 ganu kite.. 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekerja di doha tu pn seronok wak ðŸĪ­

      Delete
  2. Seronoknyaaa entah bila nk jln ganu

    ReplyDelete
  3. Cantik view. Dh tempat pkok kelapa ni jd viral

    ReplyDelete
  4. bestnya boleh ride laki bini... bini saya tak minat ride. maka ride lah saya berseorangan... huu...

    ReplyDelete
  5. bestnya.. bila agaknya boleh pi ganu

    ReplyDelete
  6. memang seronok bercuti kat terengganu. tenang je rasa.

    ReplyDelete

Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...