18 Oktober sempena hari lahir suami, kami pergi lah cuba makan di Smoked Kingdom Sky dinning 118 wangsa maju. Nak waze payah jugak sebab tak jumpa alamat tepat untuk lokasi ni sampai terpaksa whatsapp mintak share location
Suasana restoran masa ni hanya ada 2 pelanggan sahaja memang sunyi. Mungkin sebab hari biasa ni.
Spaghetti bolognese ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Ribeye ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Waffle ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Secara keseluruhannya lokasi dan kedai menarik untuk sambutan yang nak kan suasana makan malam yang romantik haha
Untuk harga dan menu yang sama boleh dapat lebih murah sedikit kalau korang pergi ke outlet Smoked Kingdom dekat Putrajaya. Suasana pun cantik. Cuma kekurangan meja.. selalunya kedai penuh pelanggan.
Kiranya kali ke 2-3-4 kali lepas ni saya akan terus pergi di Putrajaya...
Total : RM 140
Nak duduk meja tepi view macam ni tapi kebetulan hari kami pergi hujan.