September 16, 2022

Sibuk atau ambil berat?

Bila tengok kawan ni dia 3 hari pakai sweater tanpa bukak sambil buat muka monyok. Tak kan sejuk sampai hilang mood kan.. hari ke 3 masih bersweater + package mata bengkak macam lepas menangis, alamak

-Ada yang pilih untuk jadi sibuk tegur sambil membahan dia.

-Ada yang pilih untuk ambil berat dengan tanya elok elok

2 pilihan ni ke dua-duanya result kene marah balik sebab dikatanya sebok hahahah

Nasib baik aku pilih untuk tengok je tak tegur lansung ke-pelik-An dalam hidup orang lain aku anggap mungkin bergaduh ada masalah keluarga la tu. Aku ok je aku beri korang ruang bebas tanpa perlu penjelasan 😀 


Dah dewasa yang bertanya biasanya tak mampu atau memahami kita lebih daripada yang kita harapkan.. bertanya sekadar menjawab rasa ingin tahu mereka sahaja.

Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...