September 20, 2022

Gerai tepi kebun / my oppa kitchen


Pagi ahad sarapan di Gerai tepi kebun
3, Jalan 5, Taman Desa Ros, 43000 Kajang
 Ada menu nasi lemak/lontong/nasi ambeng, kalau kedai viral ni dapat beri service layanan yang pantas tu alhamdullilah.


Nasi ambeng bagi tekak saya tak berapa sedap.


Saya lebih suka nasi lemak sambal kerang bersama tempe yang ni lebih sedap.

Masa tengah dok makan, meja kiri kanan mula bersembang dengan kami, bila kami pergi mana2 dengan motor mesti orang akan tegur dari mana? Nak ride kemana lagi lepas ni? lepastu masing2 mencadangkan beberapa kedai makan lain untuk kami cuba. Haha nampak macam kami memang nak review makanan ke? Haha
Cadangan 1 : Itik Salai Masthar
Cadangan 2 : chicken chop Mambo Bistro Bangi
Cadangan 3 : Tauhu Bakar Semenyih

Petang kami makan di Restoran My Oppa Kitchen
07-G, Jalan Bidara 7/1, Bandar Saujana Utama, 47000 Syngai Buloh Selangor

Ni di antara menu dia : 





Total semua ni Rm 65. Sangat sedap untuk kesemua menu ni. Kedai ni Restoran Korea Muslim. Lagi tambah ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ bila kedai viral tapi service makanan cepat sampai. 



Jadi kedai Oppa Zizan boleh diganti dengan kedai ni da hee setanding setaraf.. 


 



Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...