October 5, 2022

Oktober

"Berkat halal gaji kita yang menilai kesungguhan kita bekerja bukan dengar dari mulut orang menilai"


Pegawai keselamatan tegur tak cuti ke? Tersengih nak menjawab..

7 hari kerja untuk habiskan kerja kerja yang menimbun. Teringin nak pergi bercuti lama sikit tapi cuti pun tinggal 10 hari gara gara ambil 2 minggu cuti untuk buat urusan rumah. Cuti untuk bercuti dah takde tambah pulak sekarang musim hujan. Takpe kita simpan cuti yang baki tu..

Rabun ke gelap

Gelap gelap buat modal bergambar disebabkan rabun tak selesa nak pakai. Dapat beli ni buy 1 free 1, 2 ni dapat harga RM 909. Kalau beli 1 dapat discount 30%


Promosi buy 1 free 1 sampai 2/10/2022

Pusing kedai sebelah masuk kedai vans. Nampak kasut vans pink Rm 139 jee discount 50%. Menambah kasut vans tahun ni jer da beli 4 pasang

Syok membeli lupa naik motor tanpa box.. jadinya terpaksa buang kotak kasut..


Balik singgah Sungai Kedondong.. 








Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...