September 24, 2022

Beli dan resize secara percuma dekat habib




23 Sept 2022 dapat jugak beli dekat pak habib 1. Da setahun ulang pergi tengok.. tunggu size takde.. kebetulan hari tu pergi baru mereka cadangkan beli dan resize secara percuma.. kenapa tak cadangkan setahun yang lalu kesian saya hahaha

Jadi lepas ni pilih je mana berkenan size belakang kira nanti boleh resizeeeeeeee sisturr!




September 22, 2022

September 21, 2022

30 hari lagi

Bila di scroll sungguh ku sudah tak ada modal.. bagi saya masa 30 hari mencari yang hilang 😊




Sesuatu yang mempengaruhi pandangan seseorang

Suwasta : Relax bt tiktok pergi panaskan lauk dan buat air kat pantri pukul 10 pagi 

Belum pernah lagi dikritik orang suwasta.

Sebenarnya kalau melanggar peraturan itu adalah sikap individu bukan syarikat.. ko pn buat tiktok tp x salah pun suwasta?

Nota ceramah yang didengar hari ni : 

3 cara melembutkan hati dan mendapatkan ketenangan jiwa 

- Jaga hubungan baik dengan ibu bapa.

- Perbanyakkan sedekah.

- Bangun malam untuk beribadah.



September 20, 2022

Gerai tepi kebun / my oppa kitchen


Pagi ahad sarapan di Gerai tepi kebun
3, Jalan 5, Taman Desa Ros, 43000 Kajang
 Ada menu nasi lemak/lontong/nasi ambeng, kalau kedai viral ni dapat beri service layanan yang pantas tu alhamdullilah.


Nasi ambeng bagi tekak saya tak berapa sedap.


Saya lebih suka nasi lemak sambal kerang bersama tempe yang ni lebih sedap.

Masa tengah dok makan, meja kiri kanan mula bersembang dengan kami, bila kami pergi mana2 dengan motor mesti orang akan tegur dari mana? Nak ride kemana lagi lepas ni? lepastu masing2 mencadangkan beberapa kedai makan lain untuk kami cuba. Haha nampak macam kami memang nak review makanan ke? Haha
Cadangan 1 : Itik Salai Masthar
Cadangan 2 : chicken chop Mambo Bistro Bangi
Cadangan 3 : Tauhu Bakar Semenyih

Petang kami makan di Restoran My Oppa Kitchen
07-G, Jalan Bidara 7/1, Bandar Saujana Utama, 47000 Syngai Buloh Selangor

Ni di antara menu dia : 





Total semua ni Rm 65. Sangat sedap untuk kesemua menu ni. Kedai ni Restoran Korea Muslim. Lagi tambah ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ bila kedai viral tapi service makanan cepat sampai. 



Jadi kedai Oppa Zizan boleh diganti dengan kedai ni da hee setanding setaraf.. 


 



September 16, 2022

Sibuk atau ambil berat?

Bila tengok kawan ni dia 3 hari pakai sweater tanpa bukak sambil buat muka monyok. Tak kan sejuk sampai hilang mood kan.. hari ke 3 masih bersweater + package mata bengkak macam lepas menangis, alamak

-Ada yang pilih untuk jadi sibuk tegur sambil membahan dia.

-Ada yang pilih untuk ambil berat dengan tanya elok elok

2 pilihan ni ke dua-duanya result kene marah balik sebab dikatanya sebok hahahah

Nasib baik aku pilih untuk tengok je tak tegur lansung ke-pelik-An dalam hidup orang lain aku anggap mungkin bergaduh ada masalah keluarga la tu. Aku ok je aku beri korang ruang bebas tanpa perlu penjelasan 😀 


Dah dewasa yang bertanya biasanya tak mampu atau memahami kita lebih daripada yang kita harapkan.. bertanya sekadar menjawab rasa ingin tahu mereka sahaja.

September 12, 2022

Istilah PM tu apa?

Peniaga suka letak gambar kemudian tulis nak tau harga pm segera. 
Bila pembeli dah pm peniaga rasa macam "tanya harga je cik? Ooo ok"
Pembeli kalau tanya memang dia berminat nak beli. Tapi bila ditanya mungkin la pembeli akan ambil masa untuk fikir untuk kira tabungan dulu ke kalau tak cukup akan kumpul duit bagi cukup ke atau hak pembeli untuk bandingkan dan pilih yang mana harga lebih murah. 

Dah kata nak tahu harga pm! Lain kali bagitahu harga dan senang pembeli belek je gambar berserta harga dan Pm terus kalau confirm nak beli!

Kami memilih pada harga bukan kami mengarahkan kontraktor. Memilih ni umpama mencari kesesuaian mengikut bajet dalam perbandingan harga yang paling murah. Kami bukan golongan mengarah kontraktor supaya mengikut citaras kami semata-mata tanpa mengira berapa harganya. Janji puas! 





September 5, 2022

Bekal 3hari

Apa menu makan tengah hari di pejabat? Level jemu dia sampai bukak panda/grab sampai pukul 2 masih takde rasa nak order pape.. jalan melangkah keluar ofis takde arah kedai mana yang hendak dituju.. 

Jadi bermula la minggu lepas kita fikir fikir apa kata bawa bekal.. Kita yang buat dia memang nak apa je kita masak


Ni air jelly ribena tersedap sekali.. selalu jual di shell..
Tapi hari sabtu ahad hari yang fikiran ligat fikir menu makan kat kedai banyak pulak pilihan.. haha













Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...