November 14, 2022

Lemang Ustaz by Achey

Dibuka 3.00pm hingga 11.00pm

Alamat : Persiaran Delima, Kampung Paya Jaras Hilir, 40160 Sungai Buloh Selangor

Tel No : 017-648 2374

Kami cuba hampir kesemua menu dia. 

1. Beriani kambing meriam buloh yang best nanti pekerja buat persembahan ketuk2 buluh kemudian tuang dari buluh: migiboo bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Saya bagi ⭐️⭐️⭐️ Sebab kering saya suka pada yang basah. 

2. Shellout 

Migiboo bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️

Saya bagi masih ⭐️⭐️⭐️ Sebab rasa nye tak pedas kuah. 

3. Lemang & rendang daging

Saya dan Migiboo bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️ Sedap jugak lemang lembut lemak rendang pun secukup rasa.

Lokasi kedai ok tak sesak sangat dan ruang parking pun besar dan secukupnya..




October 24, 2022

Bertuahnye 2022 😘

 


Untuk kali yang ke2 bertuah dapat tefal pula.
Orang kata kalau sekali dapat pasti berkali kali akan dapat lagi.

October 23, 2022

Smoked Kingdom sky dinning 118 wangsa maju

18 Oktober sempena hari lahir suami, kami pergi lah cuba makan di Smoked Kingdom Sky dinning 118 wangsa maju. Nak waze payah jugak sebab tak jumpa alamat tepat untuk lokasi ni sampai terpaksa whatsapp mintak share location

Suasana restoran masa ni hanya ada 2 pelanggan sahaja memang sunyi. Mungkin sebab hari biasa ni. 


 
Spaghetti bolognese ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️


Ribeye ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️


Waffle ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Secara keseluruhannya lokasi dan kedai menarik untuk sambutan yang nak kan suasana makan malam yang romantik haha
Untuk harga dan menu yang sama boleh dapat lebih murah sedikit kalau korang pergi ke outlet Smoked Kingdom dekat Putrajaya. Suasana pun cantik. Cuma kekurangan meja.. selalunya kedai penuh pelanggan.

Kiranya kali ke 2-3-4 kali lepas ni saya akan terus pergi di Putrajaya...

Total : RM 140




Nak duduk meja tepi view macam ni tapi kebetulan hari kami pergi hujan.




October 17, 2022

Kedai makan viral : Butik Roti Maria

Butik Roti Maria, Restoran Tepi Sungai Mesra  Kanak-Kanak

Lot 2861, Butik Roti Maria, Kampung Sungai Mahang, 71700, Nilai, Negeri Sembilan

Whatsapp no 011-70175632 untuk dapatkan meja sebelum datang jangan walkin ye meja terhad

Suasana ada tarikan tersendiri kalau dapat gunakan kelebihan tu dengan baik lagi bagus. Pelanggan akan ulang datang kalau menu2 makanan pelbagai, mahal takpe janji sedap. Dan cuba cari resepi bancuh air supaya sedap sikit biar rasa lebih special sikit sebab nama air dalam menu bunyi da special da chocolate kaw kaw kopi kaw kaw air bunga telang lemon tp semua tak sedap. Tapi makanan sedap cuma tak dipelbagaikan menu. Apa apa pun tempat bersih dan cantik Sungai yang bersih,  privasi di kelilingi kehijauan yang dijaga untuk keselesaan pelanggan. Pengurusan kedai pn sistematik bagus 😊

Total : RM 72
-pizza
-mee rebus daging
-nasi ayam
-kopi ais kaw kaw
-chocolate kaw kaw
-air bunga telang lemon





 📣 *PENTING* 📣
Untuk tempahan 1 meja, pembelian makanan sekurang-kurangnya RM50




💡 *Dilarang memetik bunga-bunga, buah buahan dan sayur sayuran di kawasan restoran*
💡 *Pintu masuk di bangunan dengan papan tanda Perusahaan Roti Maria*
💡 *Order Makanan dan dapatkan resit Meja*
💡 *Boleh bawa tikar dan mosquito repellent*
💡  *Pergi ke Meja Tepi Sungai untuk Menikmati Makanan dan spend Masa Berkualiti dengan tersayang*

*SOP Makan di Butik Roti Maria* :

1. Butik Roti Maria dibuka pada jam 11pagi & tutup  pada jam 6.30pm. Maksimum 3 jam diberikan untuk menikmati makanan dan main air sungai kepada setiap pelanggan. 

2. Kelewatan15 minit dari waktu yang ditempah akan dianggap BATAL tanpa sebarang informasi . 
 
3. Keutamaan dine in diberikan kepada tetamu yang book/tempah meja.   

4. Pelanggan yang walk in akan diberikan meja jika ada kosong. 

5. Makanan luar tidak dibenarkan SAMA SEKALI untuk dibawa masuk. 

6. Kepada PEROKOK, anda DILARANG merokok di area Sungai kerana ramai anak-anak kecil mandi. Dilarang membuang puntung rokok anda di merata-rata tempat. Sila buang di dalam tong sampah yang disediakan.

7. Dilarang dengan SENGAJA merosakkan alam semulajadi atau harta benda di Butik Roti 





October 13, 2022

4 amalan surah setiap hari :

 Surah Yassin - setiap solat fardhu

Surah Al-Waqiah - waktu dhuha

Surah Ar-Rahman - waktu asar

Surah Al-Mulk - sebelum tidur

Tips rezeki melimpah ruah :

1: Dhuha

2: Tahajjud

3: Al-Quran

4: Zikir 'Ya Wahhab' 40,000 kali sehari

5: Solat berjemaah

6: Jaga Silaturrahim

7: Bersedekah



October 10, 2022

Familyday2022


 Family day 2022 ni dapat basikal........ comel betul

Laksa sarawak. Menu favourite kami sejak ni 😊

October 5, 2022

Oktober

"Berkat halal gaji kita yang menilai kesungguhan kita bekerja bukan dengar dari mulut orang menilai"


Pegawai keselamatan tegur tak cuti ke? Tersengih nak menjawab..

7 hari kerja untuk habiskan kerja kerja yang menimbun. Teringin nak pergi bercuti lama sikit tapi cuti pun tinggal 10 hari gara gara ambil 2 minggu cuti untuk buat urusan rumah. Cuti untuk bercuti dah takde tambah pulak sekarang musim hujan. Takpe kita simpan cuti yang baki tu..

Rabun ke gelap

Gelap gelap buat modal bergambar disebabkan rabun tak selesa nak pakai. Dapat beli ni buy 1 free 1, 2 ni dapat harga RM 909. Kalau beli 1 dapat discount 30%


Promosi buy 1 free 1 sampai 2/10/2022

Pusing kedai sebelah masuk kedai vans. Nampak kasut vans pink Rm 139 jee discount 50%. Menambah kasut vans tahun ni jer da beli 4 pasang

Syok membeli lupa naik motor tanpa box.. jadinya terpaksa buang kotak kasut..


Balik singgah Sungai Kedondong.. 








September 24, 2022

Beli dan resize secara percuma dekat habib




23 Sept 2022 dapat jugak beli dekat pak habib 1. Da setahun ulang pergi tengok.. tunggu size takde.. kebetulan hari tu pergi baru mereka cadangkan beli dan resize secara percuma.. kenapa tak cadangkan setahun yang lalu kesian saya hahaha

Jadi lepas ni pilih je mana berkenan size belakang kira nanti boleh resizeeeeeeee sisturr!




September 22, 2022

September 21, 2022

30 hari lagi

Bila di scroll sungguh ku sudah tak ada modal.. bagi saya masa 30 hari mencari yang hilang 😊




Sesuatu yang mempengaruhi pandangan seseorang

Suwasta : Relax bt tiktok pergi panaskan lauk dan buat air kat pantri pukul 10 pagi 

Belum pernah lagi dikritik orang suwasta.

Sebenarnya kalau melanggar peraturan itu adalah sikap individu bukan syarikat.. ko pn buat tiktok tp x salah pun suwasta?

Nota ceramah yang didengar hari ni : 

3 cara melembutkan hati dan mendapatkan ketenangan jiwa 

- Jaga hubungan baik dengan ibu bapa.

- Perbanyakkan sedekah.

- Bangun malam untuk beribadah.



September 20, 2022

Gerai tepi kebun / my oppa kitchen


Pagi ahad sarapan di Gerai tepi kebun
3, Jalan 5, Taman Desa Ros, 43000 Kajang
 Ada menu nasi lemak/lontong/nasi ambeng, kalau kedai viral ni dapat beri service layanan yang pantas tu alhamdullilah.


Nasi ambeng bagi tekak saya tak berapa sedap.


Saya lebih suka nasi lemak sambal kerang bersama tempe yang ni lebih sedap.

Masa tengah dok makan, meja kiri kanan mula bersembang dengan kami, bila kami pergi mana2 dengan motor mesti orang akan tegur dari mana? Nak ride kemana lagi lepas ni? lepastu masing2 mencadangkan beberapa kedai makan lain untuk kami cuba. Haha nampak macam kami memang nak review makanan ke? Haha
Cadangan 1 : Itik Salai Masthar
Cadangan 2 : chicken chop Mambo Bistro Bangi
Cadangan 3 : Tauhu Bakar Semenyih

Petang kami makan di Restoran My Oppa Kitchen
07-G, Jalan Bidara 7/1, Bandar Saujana Utama, 47000 Syngai Buloh Selangor

Ni di antara menu dia : 





Total semua ni Rm 65. Sangat sedap untuk kesemua menu ni. Kedai ni Restoran Korea Muslim. Lagi tambah ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ bila kedai viral tapi service makanan cepat sampai. 



Jadi kedai Oppa Zizan boleh diganti dengan kedai ni da hee setanding setaraf.. 


 



September 16, 2022

Sibuk atau ambil berat?

Bila tengok kawan ni dia 3 hari pakai sweater tanpa bukak sambil buat muka monyok. Tak kan sejuk sampai hilang mood kan.. hari ke 3 masih bersweater + package mata bengkak macam lepas menangis, alamak

-Ada yang pilih untuk jadi sibuk tegur sambil membahan dia.

-Ada yang pilih untuk ambil berat dengan tanya elok elok

2 pilihan ni ke dua-duanya result kene marah balik sebab dikatanya sebok hahahah

Nasib baik aku pilih untuk tengok je tak tegur lansung ke-pelik-An dalam hidup orang lain aku anggap mungkin bergaduh ada masalah keluarga la tu. Aku ok je aku beri korang ruang bebas tanpa perlu penjelasan 😀 


Dah dewasa yang bertanya biasanya tak mampu atau memahami kita lebih daripada yang kita harapkan.. bertanya sekadar menjawab rasa ingin tahu mereka sahaja.

September 12, 2022

Istilah PM tu apa?

Peniaga suka letak gambar kemudian tulis nak tau harga pm segera. 
Bila pembeli dah pm peniaga rasa macam "tanya harga je cik? Ooo ok"
Pembeli kalau tanya memang dia berminat nak beli. Tapi bila ditanya mungkin la pembeli akan ambil masa untuk fikir untuk kira tabungan dulu ke kalau tak cukup akan kumpul duit bagi cukup ke atau hak pembeli untuk bandingkan dan pilih yang mana harga lebih murah. 

Dah kata nak tahu harga pm! Lain kali bagitahu harga dan senang pembeli belek je gambar berserta harga dan Pm terus kalau confirm nak beli!

Kami memilih pada harga bukan kami mengarahkan kontraktor. Memilih ni umpama mencari kesesuaian mengikut bajet dalam perbandingan harga yang paling murah. Kami bukan golongan mengarah kontraktor supaya mengikut citaras kami semata-mata tanpa mengira berapa harganya. Janji puas! 





September 5, 2022

Bekal 3hari

Apa menu makan tengah hari di pejabat? Level jemu dia sampai bukak panda/grab sampai pukul 2 masih takde rasa nak order pape.. jalan melangkah keluar ofis takde arah kedai mana yang hendak dituju.. 

Jadi bermula la minggu lepas kita fikir fikir apa kata bawa bekal.. Kita yang buat dia memang nak apa je kita masak


Ni air jelly ribena tersedap sekali.. selalu jual di shell..
Tapi hari sabtu ahad hari yang fikiran ligat fikir menu makan kat kedai banyak pulak pilihan.. haha













August 23, 2022

Halal halal @ lain kali bayar?

Peniaga apam balik : Harga Rm4.50 customer bagi Rm5 kau bagi baki Rm1 kau cakap halal halal bang..

Customer 1 sampai 10 : ikhlaskan baki amek la bang Rm1 halal halal 50 sen kat abg

Peniaga apam balik : situasi pulang baki Rm1 kau cakap halal halal bang..

Customer ke 11: terima Rm 1 dan berlalu

Peniaga apam balik : halal halal bang Rm50sen lain kali bayar

Kau ni halal ke suruh customer berhutang?? Peniaga mcm ni pun ada


Jgn pandang pada nilai duit pandang pada nilai sipeniaga customer 1-10 halal ikhlas. Belum pernah lagi customer sebut amek bang lain kali bagi saya baki. Tak kan sepanjang hari kau takde duit syiling?? Ini situasi wujud di zaman sekarang maka jadi berhati-hati la ketika menerima kata halal halal dari seorang peniaga 

August 22, 2022

Genblu2022

 



Genblu2022, 200822





Saya Si C si pemerhati

Si A : orangnye mulut kasar kategori biadap tapi dia jenis pemaaf tak berdendam mulut kasar sound kaw kaw bagi tapi dalam pada sound ada tempat dia boleh gurau tak mudah terasa. Sound kaw kaw kira sound situ habis situ

Si B : orangnye lembut tiada maki dan cakap kasar jauh sekali. Tapi hakikat dia susah memaafkan, mudah terasa 

Keduaduanya mereka orang baik. Yang mana korang lebih sanggup kawan?

August 19, 2022

Beg keje korang berat tak?

 


Reality dia beg ni nak zip pun cekang daa zip. Apa yang patut buang? Takde kan semua perlu huhu 

Tak tahu kenapa tisu dan sabun kalau kat kedai makan tu jadi 1 isu besar untuk disediakan secukupnya.. kalau sabun dapat air bilas jee seperti sabun lansung takde.. pernah sekali makan dekat kedai sarapan pagi makcik tu bagi selai tisu je sambil membebel tisu ke 2-3 akan dicas 20sen selai.. tisu dia sorok dalam laci haha lepas dari kes kedai tu mmg tisu sentiasa jd bahan jenaka kami jee kalau makan kat kedai.


Menjalani kehidupan dari awal bulan 8 hingga pertengahan ni dengan pantas ulang alik buat urusan masuk rumah baru rasa macam tak de hari cuti.. kembali bekerja setelah 7 hari bercuti. Mula kerja sehari petang sudah demam. Maka 2hari lagi bercuti rehat.. hari ni baru mula kerja selepas 9hari cuti.. semangat! Cincin emas 1 🤣





July 2, 2022

Balik kampung - Kuala Kedah


Kedah ✅



Pekan Rabu beli bajet2 muat masuk motor 


Tempat wajib makan tengah hari Gulai ikan temenung haji jamil dekat batang paip. Murah sangat total 15rgt makan 2 orang.



Kampungku, 
Jambatan Tok Pasai, Kota Nelayan Kuala Kedah

Duapuluhlima wow

Duapuluhlima baru limajam berlalu RM sembilanpuluhtiga terbang pada satu kedai lalu ke kedai kedua ketiga keempat tengok sahaja jika masuk bimbang terbang lagi.....

Jangka masa pendek ye beli keperluan sebelum gelombang sana sini naik harga. Jangka masa panjang baik latih diri beli benda perlu sahaja jangan membazir dan bermewah mewah tak bertempat...

June 25, 2022

Berjalan ke Perlis 3hari2malam

5hb jam 10 pagi terus ke kedah singgah

Nasi Royale Jalil (tak sedap 👎🏻)  RM 34 

Kemudian terus ke T+ hotel, Changlun (RM 83) bersih selesa ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️👍🏻


Makan malam kami order foodpanda Restoran Zulaiga RM27.10

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Sedap👍🏻

Rehat, esok jam 7 pagi checkout dan terus menuju ke perlis 

Sebelum tu singgah beli sarapan pagi nasi lemak 2 bungkus RM 4

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Sedap👍🏻

Destinasi pertama View point wang kelian. Menuju ke wang kelian kene naik bukit sikit jer lepastu boleh dapat view yang sangat cantik. 



Perjalanan balik singgah Timah tasik dam. Bagi kami tempat ini untuk ambil gambar sahaja tapi ada la juga aktiviti yang biasa ada di Taman-Taman mcm nak sewa basikal ke mcm tu..



Kemudian terus ke Padang Besar ke Arked Niaga dan Padang waremart. kalau bawa kereta banyak la boleh memborong.  
Makan tengah hari di gerai berdekatan padang waremart, kami makan di kedai Makteh Pulut Ayam. Harga RM 29


Selesai berjalan kami ke arah bandar pula tapi check in dulu di hotel De Mesra Villa, Kangar (RM 73)
⭐️ untuk parking yang mudah. keburukan adalah keadaan dalam bilik yang tak selesa tak bersih dinding toilet yg tak dicuci kuning. bunyi tangki air rosak bising teruk sepanjang masa tak suka!



Petang kami ke (Jambatan warna warni) Jambatan Tuanku Syed Putra





Kemudian singgah ke Masjid Al Hussain Kuala Perlis, 1, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis, Perlis



Makan malam di Mona Ikan Bakar
⭐️⭐️ makanan ok ok tak berapa sedap tapi harga ok la. kami pergi dalam pukul 5 ok orang masih tak ramai. tapi bila da pukul 6 org mula penuh... so baik pergi awal kalau nak elak tunggu lama. Harga RM 75




Balik rehat di hotel malam tu untuk rehatkan badan untuk tempuh perjalanan yang panjang esok.

7 pagi keesokkannya kami bersarapan di Warung tepi sawah769.  Harga Rm 21




⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ssedap dan kedai pun cantik, view cantik,bersih dan murah. pergi awal pagi org tak ramai lagi.. 





Sebelum balik singgah di Persisir Pantai Paling Utara untuk bergambar




Bye bye Perlis. Total Minyal RM 115 bebas tol 

Antara tempat yang tak sempat pergi :
1. Strest art 2.0
2. The Houze Cafe, Kampung Behor Empiang, Kangar, Perlis (Makanan petang)
4. Mangga Harum Manis cari cari tak jumpa pun orang jual mungkin buah ni bermusim.
5. nipah klasik
6. Superfruitsvalley





Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...