June 25, 2022

Berjalan ke Perlis 3hari2malam

5hb jam 10 pagi terus ke kedah singgah

Nasi Royale Jalil (tak sedap 👎🏻)  RM 34 

Kemudian terus ke T+ hotel, Changlun (RM 83) bersih selesa ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️👍🏻


Makan malam kami order foodpanda Restoran Zulaiga RM27.10

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Sedap👍🏻

Rehat, esok jam 7 pagi checkout dan terus menuju ke perlis 

Sebelum tu singgah beli sarapan pagi nasi lemak 2 bungkus RM 4

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ Sedap👍🏻

Destinasi pertama View point wang kelian. Menuju ke wang kelian kene naik bukit sikit jer lepastu boleh dapat view yang sangat cantik. 



Perjalanan balik singgah Timah tasik dam. Bagi kami tempat ini untuk ambil gambar sahaja tapi ada la juga aktiviti yang biasa ada di Taman-Taman mcm nak sewa basikal ke mcm tu..



Kemudian terus ke Padang Besar ke Arked Niaga dan Padang waremart. kalau bawa kereta banyak la boleh memborong.  
Makan tengah hari di gerai berdekatan padang waremart, kami makan di kedai Makteh Pulut Ayam. Harga RM 29


Selesai berjalan kami ke arah bandar pula tapi check in dulu di hotel De Mesra Villa, Kangar (RM 73)
⭐️ untuk parking yang mudah. keburukan adalah keadaan dalam bilik yang tak selesa tak bersih dinding toilet yg tak dicuci kuning. bunyi tangki air rosak bising teruk sepanjang masa tak suka!



Petang kami ke (Jambatan warna warni) Jambatan Tuanku Syed Putra





Kemudian singgah ke Masjid Al Hussain Kuala Perlis, 1, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis, Perlis



Makan malam di Mona Ikan Bakar
⭐️⭐️ makanan ok ok tak berapa sedap tapi harga ok la. kami pergi dalam pukul 5 ok orang masih tak ramai. tapi bila da pukul 6 org mula penuh... so baik pergi awal kalau nak elak tunggu lama. Harga RM 75




Balik rehat di hotel malam tu untuk rehatkan badan untuk tempuh perjalanan yang panjang esok.

7 pagi keesokkannya kami bersarapan di Warung tepi sawah769.  Harga Rm 21




⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ssedap dan kedai pun cantik, view cantik,bersih dan murah. pergi awal pagi org tak ramai lagi.. 





Sebelum balik singgah di Persisir Pantai Paling Utara untuk bergambar




Bye bye Perlis. Total Minyal RM 115 bebas tol 

Antara tempat yang tak sempat pergi :
1. Strest art 2.0
2. The Houze Cafe, Kampung Behor Empiang, Kangar, Perlis (Makanan petang)
4. Mangga Harum Manis cari cari tak jumpa pun orang jual mungkin buah ni bermusim.
5. nipah klasik
6. Superfruitsvalley





1 comment:

  1. dulu tanah melayu ni smpi ke sebatang kra tuuh., huhuhu

    ReplyDelete

Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...