October 19, 2021

Maeps

Lepas CAC doktor akan decide arah tuju kita patut kuarantin dimana.. Macam saya doktor arahkan ke maeps, serdang.. Balik rumah terus berkemas jam 6.30 pm van datang jemput kita. Di jemput bersama-sama dengan beberapa pesakit lain yg berada dia kawasan sekitar 




Nasib baik kejiran jenis yang OK tak takut dengan kami yg dijangkiti tak kecoh masa kene angkut 😅

Saat tiba kat maeps apa proses yang kita kene lalui :
1 : check tekanan darah, ambil darah dan check oksigen
2 : bawa beg masuk ke bahagian xtray untuk xtray bahagian dada
3 : jumpa doktor untuk perbincangan dan cerita serba sedikit tentang simptom2 yang kita dah alami dan latar belakang penyakit kita jika ada.
4 : tunggu nama di panggil dalam sesi pengagihan katil kemudian kita tunggu bas untuk ambil kita untuk ke hall
(Semua ni ambil masa 7.30-11:00)


3: jumpa doktor

Pintu keluar tu ke arah kita nak ke hall kita.. (itu bukan beg saya haha)



Selamat sampai katil berdepan pintu masuk.. masa nak masuk mereka akan ketuk2 grill tu nanti akan terbuka.. mmg betul2 terkurung 😅 


Saat tertutup pintu..







Kaunter ubat bergerak



Port nak cas ada 3 tempat cas. Plug tak tersedia dekat katil 😅



Toilet tandas sekali showerr 



Jugak tersedia 2 biji mesin basuh dekat dalam toilet..



Ruang solat


Tempat ambil air panas dan sejuk. Dan mesin syiling tu


Ada air kotak, tin, maruku, kerepek, biskut, air 3 in 1, sabun buku dan maggi ( mcm dlm gambar ni ada yang da habis tu)



Selepas mencuci tempat sidai kita gantung merata-rata macam ni. Jangan risau baju kering walaupun tanpa matahari dan perah pakai tangan je sb basuh tangan..

Selamat 8 hari 7 malam kat sini 😌
Barang yang dibawa :
Baju 4 helai 
Seluar 2 helai
Stokin 1
Tudung 3 ( hall perempuan semua tapi petugas2 banyak lelaki)
Tuala.
Hanger 
Sabun lux buku untuk basuh baju ( kalau nak basuh mesin bawa la sabun serbuk)
Toiletries
Selipar
Telekung / sejadah
Ubat (macam saya bawa lemon/madu/ubat batuk/habbatussauda)
3 in 1 & biskut
Cawan dan sudu


Beg kita kecik je yang lain beg balik kg naik flight pun kene check in beg punya sb besar sgt 😜


Di antara menu menu kat sana. Tapi semua sedap 



Amek darah hari-hari sampai lebam2 tangan 😢 Ada yang kene xtray selalu.. tengok tahap jangkitan covid kita pada tahap yang mana. 



Barang tambahan dari suami bagi keesokkan hari nya.. hantar barang boleh jumpa tak boleh. Hantar kt guard sebelum pukul 1 tengah hari.. 


 Ni order grab charge phone sebab terbawa charge ipong yg slowww woo nak cas tak penuh2. 



Selamat 8 hari 7 malam..



Selamat keluar dari hall ni


Keluar dari pagar ni. 8 hari tak tengok dunia luar



Naik bas khas untuk ke pintu keluar maeps kat situ keluarga tunggu untuk jemput kita ( masuk maeps kene angkut balik maeps kene balik sendiri ) 


Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...