February 12, 2022

K-Town Korean BBQ Grill House

Sedap boleh tahan la rasa dia.. kami akan repeat 2 3 4 5 kali lagi janjii 😜







Menu :

Yangnyeom spicy chicken : Rm 26.90

Japchae stir-fried glass noodle beef : Rm 32

Kimchi stew set dengan nasi : Rm 26.90

Makan tak habis tapau bawak balik lepastu makan lagi menu tu malam 🤭


February 5, 2022

Berjalan bajet ke penang

5.30 petang sampai Penang 10 malam


Komtar penang ✅


Makan malam kapitan
Menu special kat sini milani chicken cheese. Harga ok total 5 orang makan RM 67.70 dan sedap bagi sesetengah orang sb 4 orang lagi cakap sedap kecuali aku 😅

(Aku kurang nak lalu sikit disebabkan bau dia) ada bau macam mamak sangat tak tahu nak cakap cuba g kedai tu try bau. Sampai balik rumah bau tu ada pada makanan. 

Ok la bg 4*/5 undian dr 4 orang yg lain haha

Penang roti canai transfer road. Tak sedap mungkin tak kene pada tekak.. kedai pulak kelam kabut walaupun kerusi banyak je kosong lagi. 



Pilih roti set ayam / set daging Rm 8 sepinggan. Bagi aku kombinasi tak best makan roti canai berlauk. Tempat makan tambahan ada dekat zink biru seberang jalan. 
Total Rm 41.80. 

Makan malam dan tengah hari esok nya kat nasi kandar raffee dekat Pulau tikus. Paling sedappppp ni
Sementara beratur nasi kandar kami order foodpanda ais tingkap. Settle sebab penang nii semua nak beratur byr lebih sikit dari penat beratur tuu. Air ni mcm abc. Ok la tp tak yah repeat lg kalau g penang rasa biasa je 😅


Sarapan pagi ni baru betul betul sedap Roti Bakar Hutton Lane layan customer pun relax je walaupun kedai ramai. Wajib pergi ni.. try roti canai telur cheese dan roti bakar telur cheese paling sedap. Walaupun ramai service lajuu




Bukit bendera alhamdullilah orang tak ramai. Masuk pakai ic Rm12




Teropong ni Rm 1 2 minit. Baik zoom pakai telefon lawa lagi hehe


Tengok monyet ni kat sana nanti comel takde rampas2 makanan orang..


Sekian, Bye bye penang total minyak RM 110 bebas tol 😘



13 PETUA SIHAT DARI PAKAR KESIHATAN

1. Tidur tepat pada masa 11.00 malam hingga 4 pagi. Tidur miring ke kanan, dalam gelap pekat dan pernafasan melalui hidung.

2. Tiada gula. Gula punca banyak kerosakan organ badan dan penyakit. Ada banyak gula tersembunyi.

Kurangkan nasi. Hanya 10 suap sehari. Bagi yang baru bermula kurangkan jadi 25 suap sehari. Kemudian setiap bulan kurangkan tiap 5 suap. 

Beras merah/basmathi. Tiada tepung dan gandum.

Banyakkan sayur dan buah buahan.

3. Check dengan Doktor. Buat ujian darah. Buat ujian hormon. Tahu tahap kesihatan semasa. Ambil tindakan untuk cegah sebelum berdikit ia jadi parah.

4. Ambil supplement. Pemakanan tambahan yang sesuai dengan keperluan badan mengikut nasihat pakar. Bukan dengar cakap jurujual.

5. Exercise supaya aliran darah teratur dan lancar. Buat EECP juga supaya pengaliran darah baik. Full body massage secara tradisional dua minggu sekali.

Dua hari dalam seminggu rehat dari exercise. Hari itu adalah Isnin dan Khamis. Dua hari itu puasa.

6. Minum banyak air. Terutama pagi masa bangun pagi dan siang hari. Cuma jangan minum air 40 minit selepas makan. Minum sambil duduk.

7. Makan berat paling akhir 4 jam sebelum tidur. Biar makanan hadam baru tidur. Kunyah makanan sampai hadam. Masa tidur biar usus berehat.

8. Biasakan lidah makan benda pahit. Buat ulaman. Peria katak, daun mujonso, pucuk beko, pucuk mengkudu. Minum kopi pahit. Pahit itu nikmat. Alah bisa tegal biasa. 25 kali cuba, lidah akan jadi biasa.

9. Baca al Quran. Gandakan sujud. Banyak solat sunat dan taubat. Solat wajib awal waktu secara berjemaah. Ia baik bagi otak. Baca buku-buku. Membaca menajamkan akal. 

10. Pilih team pergaulan. Kurangkan bersama "si mata lalat" - pengkritik yang memekik semua perkara tidak puas hati. Juga penjilat yang sentiasa bodek tidak bertempat.

11. Bersyukur. Redha dan bersabar. Mereka yang tidak tahu bersyukur tidak akan dapat bersabar di hari tua nanti. Syukur itu tapak kukuh hidup tenang.

12. Jimat perkataan. Usah sembang kencang. Usah dibuai perasaan. Banyakkan berfikir dan berzikir. Utamakan masa bersama keluarga.

13. Tidur malam dengan selimut kaki atau pakai stokin supaya hormon bersesuaian dapat dirembeskan. Maafkan semua orang. Bersihkan kolam jiwa. Tiada dengki dan iri hati. Doa dan terus berdoa.

#PetuaDanKesihatan
TQ Dr. MaMa

Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...