Nasib baik kejiran jenis yang OK tak takut dengan kami yg dijangkiti tak kecoh masa kene angkut 😅
Saat tiba kat maeps apa proses yang kita kene lalui :
1 : check tekanan darah, ambil darah dan check oksigen
2 : bawa beg masuk ke bahagian xtray untuk xtray bahagian dada
3 : jumpa doktor untuk perbincangan dan cerita serba sedikit tentang simptom2 yang kita dah alami dan latar belakang penyakit kita jika ada.
4 : tunggu nama di panggil dalam sesi pengagihan katil kemudian kita tunggu bas untuk ambil kita untuk ke hall
(Semua ni ambil masa 7.30-11:00)
3: jumpa doktor
Pintu keluar tu ke arah kita nak ke hall kita.. (itu bukan beg saya haha)
Selamat sampai katil berdepan pintu masuk.. masa nak masuk mereka akan ketuk2 grill tu nanti akan terbuka.. mmg betul2 terkurung 😅
Saat tertutup pintu..
Kaunter ubat bergerak
Port nak cas ada 3 tempat cas. Plug tak tersedia dekat katil 😅
Toilet tandas sekali showerr
Jugak tersedia 2 biji mesin basuh dekat dalam toilet..
Ruang solat
Tempat ambil air panas dan sejuk. Dan mesin syiling tu
Ada air kotak, tin, maruku, kerepek, biskut, air 3 in 1, sabun buku dan maggi ( mcm dlm gambar ni ada yang da habis tu)
Selepas mencuci tempat sidai kita gantung merata-rata macam ni. Jangan risau baju kering walaupun tanpa matahari dan perah pakai tangan je sb basuh tangan..
Selamat 8 hari 7 malam kat sini 😌
Barang yang dibawa :
Baju 4 helai
Seluar 2 helai
Stokin 1
Tudung 3 ( hall perempuan semua tapi petugas2 banyak lelaki)
Tuala.
Hanger
Sabun lux buku untuk basuh baju ( kalau nak basuh mesin bawa la sabun serbuk)
Toiletries
Selipar
Telekung / sejadah
Ubat (macam saya bawa lemon/madu/ubat batuk/habbatussauda)
3 in 1 & biskut
Cawan dan suduBeg kita kecik je yang lain beg balik kg naik flight pun kene check in beg punya sb besar sgt 😜
Di antara menu menu kat sana. Tapi semua sedap
Amek darah hari-hari sampai lebam2 tangan 😢 Ada yang kene xtray selalu.. tengok tahap jangkitan covid kita pada tahap yang mana.
Barang tambahan dari suami bagi keesokkan hari nya.. hantar barang boleh jumpa tak boleh. Hantar kt guard sebelum pukul 1 tengah hari..
Ni order grab charge phone sebab terbawa charge ipong yg slowww woo nak cas tak penuh2.
Selamat 8 hari 7 malam..
Selamat keluar dari hall ni
Keluar dari pagar ni. 8 hari tak tengok dunia luar
Naik bas khas untuk ke pintu keluar maeps kat situ keluarga tunggu untuk jemput kita ( masuk maeps kene angkut balik maeps kene balik sendiri )
wahh, pengalaman berharga tu kene kuarantin kat maeps., yg penting makan sedapp tu free keew?
ReplyDeletehehhehe, wak pon kene kuarantin 10 hari bila smpi doha ni., alhamdulilllah selamat
Free free wak makanannya. Alhamdullilah
DeletePengalaman jugak tu kena kuarantin. Walaupun kena Covid tu tak best, at least you have something to tell to anak cucu bila diorang dah besar nanti.
ReplyDeleteAlamak 😅 pengalaman pkp la lagi syok cerita 😆
Deletepengalaman tuh.. nanti boleh cerita kat anak cucu
ReplyDelete"cu, nenek dulu sampai kena kuarantin..." hahaha
alhamdulillah kena kuarantin dlm rumah. huhu
ReplyDelete