Korang tersalah masuk no account penerima masa buat online banking
Jangan risau pertama sekali korang perlu call bank penerima untuk korang check no yang korang tersalah tekan tu wujud atau tak..
Jika tak wujud ok korang da lega tak perlu buat apa apa lagi korang perlu tunggu je nanti duit yang korang transfer akan return back masuk account korang automatic gagal transfer sebab no account tu tak wujud. Amek masa 2 hari je.
Tak perlu report
TAPI
Kalau masa korang call check no penerima yang korang salah tekan tu wujud dan selamat terus masuk account yang salah ni agak payah sikit.
Korang perlu buat report polis berkenaan tersalah masuk no account kemudian perlu ke bank korang untuk buat report. Untuk pihak bank mereka akan menjadi wakil korang untuk trace penerima salah tu dan membuat tuntutan untuk pulangkan duit korang. Ini agak mencabar ikut budi bicara penerima salah tu untuk pulang balik atau tak..
Macam kes aku nasib baik no tu tak wujud...
wahh legakan makk kalo x leceh jugak nak uruskan bank orglen.. 😝
ReplyDeleteWah.. macam tu ke procedurenya... Thanks for the sharing...
ReplyDeletePernah terlebih bayar bil unifi sampai RM 1,000. Call bank, bank suruh direct call TM. Mujur boleh pulangkan. Cuma kena tunggu 1-2 minggu juga. Mujur la dapat balik. Kalau tak, tak tahu nak makan macam mana sampai hujung bulan.
ReplyDeletefuhhh.. bahaya mcm ni. silap2 lesap duit
ReplyDelete