October 17, 2022

Kedai makan viral : Butik Roti Maria

Butik Roti Maria, Restoran Tepi Sungai Mesra  Kanak-Kanak

Lot 2861, Butik Roti Maria, Kampung Sungai Mahang, 71700, Nilai, Negeri Sembilan

Whatsapp no 011-70175632 untuk dapatkan meja sebelum datang jangan walkin ye meja terhad

Suasana ada tarikan tersendiri kalau dapat gunakan kelebihan tu dengan baik lagi bagus. Pelanggan akan ulang datang kalau menu2 makanan pelbagai, mahal takpe janji sedap. Dan cuba cari resepi bancuh air supaya sedap sikit biar rasa lebih special sikit sebab nama air dalam menu bunyi da special da chocolate kaw kaw kopi kaw kaw air bunga telang lemon tp semua tak sedap. Tapi makanan sedap cuma tak dipelbagaikan menu. Apa apa pun tempat bersih dan cantik Sungai yang bersih,  privasi di kelilingi kehijauan yang dijaga untuk keselesaan pelanggan. Pengurusan kedai pn sistematik bagus 😊

Total : RM 72
-pizza
-mee rebus daging
-nasi ayam
-kopi ais kaw kaw
-chocolate kaw kaw
-air bunga telang lemon





 ðŸ“£ *PENTING* 📣
Untuk tempahan 1 meja, pembelian makanan sekurang-kurangnya RM50




💡 *Dilarang memetik bunga-bunga, buah buahan dan sayur sayuran di kawasan restoran*
💡 *Pintu masuk di bangunan dengan papan tanda Perusahaan Roti Maria*
💡 *Order Makanan dan dapatkan resit Meja*
💡 *Boleh bawa tikar dan mosquito repellent*
💡  *Pergi ke Meja Tepi Sungai untuk Menikmati Makanan dan spend Masa Berkualiti dengan tersayang*

*SOP Makan di Butik Roti Maria* :

1. Butik Roti Maria dibuka pada jam 11pagi & tutup  pada jam 6.30pm. Maksimum 3 jam diberikan untuk menikmati makanan dan main air sungai kepada setiap pelanggan. 

2. Kelewatan15 minit dari waktu yang ditempah akan dianggap BATAL tanpa sebarang informasi . 
 
3. Keutamaan dine in diberikan kepada tetamu yang book/tempah meja.   

4. Pelanggan yang walk in akan diberikan meja jika ada kosong. 

5. Makanan luar tidak dibenarkan SAMA SEKALI untuk dibawa masuk. 

6. Kepada PEROKOK, anda DILARANG merokok di area Sungai kerana ramai anak-anak kecil mandi. Dilarang membuang puntung rokok anda di merata-rata tempat. Sila buang di dalam tong sampah yang disediakan.

7. Dilarang dengan SENGAJA merosakkan alam semulajadi atau harta benda di Butik Roti 





Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...