November 30, 2020

Elak diri menjadi toxic

Selalu kita baca cara nak elak berkawan dengan orang toxic tapi tak pernah kita cari cara elak diri kita menjadi toxic tanpa sedar 😅😅 

5 cara elak menjadi toxic

1 : dont react to everything

2 : mengaku salah dan merendah diri

3 : support orang lain jangan dengki

4 : Sentiasa berterima kasih dan bersyukur

5 : jangan jadikan semua benda masalah


Sumber : aisyahhijanah




1st menu dari rumah baru tapi dah makan nak habis da 😄

November 13, 2020

Kemas rumah nak pindah ui!

10bag sampah largee untuk baju hang ja! Jadi anda masih kata tak dak baju lagi ka? HAHA






November 7, 2020

Resepi mussel



Teringin makan macam anju makan mussel perah 🍋  
Masak mussel cili padi lemak

Bawang merah
Bawang putih
Cili api hijau/merah
*blender
Cili api merah vietnam ketuk sikit bagi extra pedas
Serai 2 batang titik
Da siap semua nak dekat masak

Tambah tepung beras 2 sudu bancuh air untuk pekatkan kuah
Santan 1 sudu
Sos ikan
Asal nak guna tepung jagung tapi da habis ada tepung beras je hihi pastu rasa nak lemak sikit la jadi tambah la santan
Kemudian dah makan orang comment sedap jadi kekalkan la resepi tepung beras dengan santan 😅

Last amek 🍋 potong kecik2 buh dalam mangkuk isi ais 2 ketul terus feeling kat kedai makan seafood fresh


November 4, 2020

Rumah kami!

Ni musim pkpb proses pindah rumah ni dapat diteruskan dengan lancarrr...

Excited nak simpan gambar-gambar rumah kami (rumah lama ok la share ek rumah) 😬😬

Rumah pertama 





Setahun sebelum pindah bertukar dinding warna ungu



Rumah kedua (Raya 2018)


 
Rumah pertama kami da jual alhamdullilah dapat jual ngam2 sebelum pkp urusan dipermudahkan..

Rumah kedua kami baru dapat kunci 



Saya sedang usaha rumah ketiga rumah di kl jika la berpeluang rezeki ada.. andaikan dpt kami saki baki rumah murah 😬 Harap-harap luas rezeki kami. Amin amin Ya Rabbalalamin ❤️❤️

Kawasan Jajahan :
Rawang  ✅ 
Gombak  ✅ 
Cheras ✅
Perak✅
Next??


October 21, 2020

Cancel booking agoda

 Pertama sekali silaa book yang boleh cancel je ye 😅

Cancel sebelum dari tarikh akhir yang dibenarkan.. terus tekan cancel my booking. Tunggu je nanti dalam 3-7 hari duit akan masuk direct dalam account yang korang gunakan semasa bayar nak booking tu.. tak perlu call tunggu jeeee... macam aku hari tu 3 hari je selamat masuk dalam account bank..


Nampak info remeh tapi berguna oo aku rajin search blog kalau ada apa2 yang aku nak tahuuuu

October 20, 2020

Tersalah no account semasa transfer online

Korang tersalah masuk no account penerima masa buat online banking

Jangan risau pertama sekali korang perlu call bank penerima untuk korang check no yang korang tersalah tekan tu wujud atau tak..

Jika tak wujud ok korang da lega tak perlu buat apa apa lagi korang perlu tunggu je nanti duit yang korang transfer akan return back masuk account korang automatic gagal transfer sebab no account tu tak wujud. Amek masa 2 hari je. 

Tak perlu report

TAPI

Kalau masa korang call check no penerima yang korang salah tekan tu wujud dan selamat terus masuk account yang salah ni agak payah sikit. 

Korang perlu buat report polis berkenaan tersalah masuk no account kemudian perlu ke bank korang untuk buat report. Untuk pihak bank mereka akan menjadi wakil korang untuk trace penerima salah tu dan membuat tuntutan untuk pulangkan duit korang. Ini agak mencabar ikut budi bicara penerima salah tu untuk pulang balik atau tak.. 


Macam kes aku nasib baik no tu tak wujud...

October 19, 2020

Scammer BOKU telco digi

BOKU

Aku kene tolak setiap minggu Rm5 bila pergi digi centre dia cakap boku tu salah satu channel Netflix yang aku dah langgan.. suruh aku call Netflix untuk cancel. Sekali call Netflix biasalah kene ckp omputih ( jgn takut cakap je mereka faham) haha sekali takde sebarang channel dalam netflix atas nama boku dan xde channel yang berharga rm5. Bila aku pergi balik digi mereka boleh pulak buat report dan credit kn balik ke account aku nilai yang ditolak.

Jadi memang ketara macam berkomplot dengan telco. 

Jadi kalau ada yang kene tolak duit sebabkan web BOKU sila la report dengan telco dan tuntut untuk telco bertanggungjawab dan bayar semula nilai yang ditolak.



October 16, 2020

Jalan terengganu dan pulau kapas 2020

Singgah PASAR NELAYAN BALOK, KUANTAN untuk beli ikan untuk dimasak apabila sampai di terengganu (view cantik dan kat situ boleh amek gambar boat-boat nelayan, waktu operasi bermula pada jam 12 Tengah hari)


PANTAI KEMASIK, KEMAMAN
(Wajib pergi sini sangat cantik)




KAMPUNG JAMBU BONGKOK, MARANG
(Wajib pergi jugak kg yang sangat cantik lagi yang nak terbang drone)





👆🏻 Pergi semasa dalam perjalanan ke MARANG ye 

TEMPAT TINGGAL :

SAUDAGAR BEACH HOUSE, MARANG
(View pantai bilik sebelah pantai boleh mandi dan nampak pulau kapas) 
Bilik kecil 1 queen RM60
Bilik besar 2Queen 1 single RM80-RM150 
(Bbq dan aktiviti memasak dibenarkan tapi guna dapur sendiri boleh dilakukan di meja rehat dibelakang bilik)
Bilik ok cuma biasa la rupa mcm bilik chalet tepi pantai tp ok je selesa cuma rupa takde tak cantik 😛
P/s mintak harga frontliner 😬


👇🏻 Selepas checkin sampai di MARANG

 KG RHU DUA (pokok kelapa viral tu) 






PANTAI PULAU KEKABU/BENTENG PANTAI PULAU KEKABU MARANG

  

DATARAN BATU PUTIH 
(15minit jetty marang)

Beli dodol palas kt sini murah sikit dari pasar payang cuma rasanya kurang sedap baik beli di pasar payang dannn perjalanan nak kesini jalan berbatu sikit pastu jauh ke dalam tempatnya
(Waktu operasi 2petang ke atas)

Hari ke2 : PULAU KAPAS
Hari ke 2

PASAR MARANG untuk dimasak malam (waktu operasi pagi sehingga jam 5 petang)

Sarapan di Warung Rusila 
(Menu roti canai lembut nasi lemak ikan tongkol, nasi dagang semua pun sedap harga makanan pun murah)
 
Ke JETTY MARANG untuk ke PULAU KAPAS parking Rm5 per day
RM 50 1pax (snorkelling taman laut, equipment, bot transfer, hikking bukit singa) 
Kaunter 1 : SURIA LINK

Boat bertolak 9 pagi - waktu balik boat terakhir pada jam 5.30





Masa ni baring di pulau pandang langit dengar lagu
 "Last of mohicans (guitar instrumental) memang besttttttt 
Line digi sangat baik dekat pulau ni

Hari ke 3 : checkout

Makan pagi : Lempeng rusila (buka jam 9 pagi)
Menu lempeng kelapa, makanan tengah hari pun ada, cendol durian

MASJID TERAPUNG

Makan Tengah hari : Restoran Al-Hijrah Oasis, Kuala Terengganu (waktu operasi 10.30-7) 
Menu best sup herba, ayam masak kicap halia, daging bakar masak cendawan lada hitam. Total Rm39 ok la harganya.

D'COTTAGE HOMESTAY KAMPUNG WAKAF TEMBESU

2bilik = 1malam RM170
3h2m RM340



Bilik berasingan bab kebersihan dan keselesaan baik, ada peti ais kecil disediakan, boleh memasak terdapat sinki diruang rehat dan meja makan, pool juga cantik dan x begitu cetek dan x begitu dalam untuk kanak2 lebih kurang 3ft. 
Yang kurang takde privasi disebabkan homestay bersebelahan dengan rumah owner, bilik betul2 memuatkan 1 bilik 4 dewasa lagi 1 bilik 3 dewasa. Tilam dan bantal extra disediakan cuma ruang x mengizinkan untuk tido lebih ramai lagi. Selalu kita bayangkan homestay mesti ada ruang tamu. Ini takde mcm dia buat 2 biji rumah bilik studio tanpa dapor.
TAPI bilik 1 queen attach dengan rumah owner dengar owner kacau air. Hehe

Untuk part homestay ni pula rupa memang cantik tapi kurang keselesaan dari segi privacy je. Bab privacy nasib baik dekat pool ada rimbunan pokok terlindung sikit batasan pandangan


ILOVEKT



PASAR PAYANG

Makan malam di sofia bistro, Di Seberang Takir
(Laksa kt sini sedap sangat)

 UPTOWN KONTENA ( saya pergi waktu malam saya sarankan korang pergi waktu petang lagi cantik )
Makanan ok murah dan sedap 



Hari ke 4 : 
 
Sarapan di warung dekat Seberang Takir berhampiran bulatan. Sedap dan murah juga

DRAWBRIDGE KUALA TERENGGANU
Masuk RM 5
(Waktu operasi 10pagi - 6 petang)








Muzium terenganu
Rm5


MASJID KRISTAL

Makan malam : PLANET ICT (sotong goreng tepung dan mee celup)

Sotong goreng tepung Rm10 sotong kecik2
Kalau Rm 15-25 size besar sikit
Udang goreng tepung Rm10
Mee celup Rm 4.50-7.50






Hari ke 5
Checkout jam 12 ✔

 PANTAI BATU BURUK

Keropok Losong, kat keropok losong paksu

Kedai keropok keping/leko Kak Yati, pengkalan setar










September 22, 2020

Laksa penang

Sejak akhir ni saya suka makan asam laksa penang....

Oldtown asam laksa sedap

Secret recipe asam laksa tak sedap

Mana ada lagi asam laksa?



May 18, 2020

Resepi bakso

Bakso senang sedap untuk berbuka hari ni... resepi lompat bahan tu yang jadi mudah hihi

Kuah bakso:-
Halia Sikit
Bawang merah 2Biji
Bawang putih 6 ulas
Lada hitam

*blend

Masukkan semua dalam periuk bersama2 daging dan bebola daging (beli da siap) + lada sulah kiub Ikan bilis 1 (resepi mintak kiub daging tapi cari kat kedai tak jumpa pulak) masak hingga mendidih Dan daging empuk tambah garam dan perasa siap...

Cili:-
Cili api hijau 5biji
Cili api merah 5biji
Belacan sikit
Garam + perasa
Air masak

Blend siap...


April 23, 2020

Trip sabah ke kota kinabalu dan kundasang

4 hari 3 malam (cost untuk 2 orang)

1.Tiket flight Airasia = RM 640 
2.Hrga bas ke KLIA = RM 12 X 2
3.Hotel KK 2 malam = RM 133 (hotel plaza)
5.Hotel kundasang =RM 130 (hounan ridge farmstay)
6.Kereta axia 2hari 1 malam = RM 190
7.Minyak kereta Rm60
8.Pusing 3 pulau (manukan/mamutik/sapi) + bayaran terminal + entrance fee pulau + life jacket&mask snokel. RM 50.

++ makan,entrance fee masuk tmpt2 lain, grab =

**** 
Total = RM1410.90

Di kk hotel plaza adalah yang terbaik sebab berdekatan dengan semua tempat berdekatan todak waterfront pasar filipin jesselton point semua boleh jalan kaki. Kalau berdua la tak de masalah.



Bab makan kami ada cuba yang lain sikit kat sana mcm kuih cincin amplang tu semua da biasa da dptkan. Ni antara yang kami sempat cuba.
Buah la bambangan macam mangga masam sikit. Nasi tu lupa apa nama tp dalam menu tu ada hinava isi ikan campur bambangan mcm style kerabu tp masam teruk. Bambangan ni mcm mangga yang ada aroma mcm kuini pstu order air pn air bambangan berdesing otak masam2 semua haha makan ni kat restoran D'place makanan tradisional kadazandusun.



Buah tarap ni susah nak bagitahu rasa macam mana tapi sedap jugak kami beli sebiji sekali di kupas isi penuh kecik2. Tak larat makan kat tepi kedai tu kat sana kat hotel tak boleh bawa masuk buah durian, bambangan dan tarap ni haha bau kuat sgt.


Durian merah nampak pelik tp mmg terliur betul bygkan sejuk2 ke arah kundasang bau durian mmg tak tahan la. Beli sepeket sedap sgt isi tebal.


Lokan bakar dan kelapa bakar Jln Sulaman (korang singgah masa nak ke kundasang ye dia sama arah laluan nk ke kundasang)



Latok dan seafood



Pusing pulau 3pulau guna masa sehari makanan boleh beli siap2 di jesselton point tu makanan sedap kat restoran sebelah kedai kek lupa pulak ambil nama restoran. Hari ke 3 pun pergi beli makan tengah hari kat sana. Pergi pulau tak payah bawak barang banyak2 baju tukar pun tak payah kalau korang berniat nak berjalan kaki dari jesselton point ke hotel. Tapi tengok la kami barang byk betul bawak bosan betul pgg berat2 ke hulu ke hilir haha tp balik tu dua2 berjalan je basah2 kuyup sampai hotel kering da jalan dalam 20-25minit je..








Di kundasang tinggal di hounon ridge farmstay. Tapi yang tak best nye jalan nak ke sana tu teruk dan menyeramkan. Aku pulak silap sgt nk checkin dari ranau dlm 45minit masa tu da pukul 4 lebih. Da separuh jalan hujan pokok tumbang jalan rosak teruk takut sangat masa tu terpaksa patah balik ikut laluan lain masa patah balik da pkul 5 lebih tengok dari situ untuk pusing ke laluan lain ambil masa sejam lebih lagi. Allah rasa nak nangis takut jalan hutan lampu xde mmg tawakal je la dengan kereta sewa viva jalan bukit. Smpai dalam 7lebih. Kat sana 7 lebih tu isyak tauuuuuuuuuuu. Bygkan da gelap. Tak nak fikir da la Alhamdullillah xde apa2 jadi. 




Tunggu view gunung kinabalu.







Desa dairy fardm ni biasa la malas cerita da....


Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...