Posts

Elak diri menjadi toxic

Image
Selalu kita baca cara nak elak berkawan dengan orang toxic tapi tak pernah kita cari cara elak diri kita menjadi toxic tanpa sedar 😅😅  5 cara elak menjadi toxic 1 : dont react to everything 2 : mengaku salah dan merendah diri 3 : support orang lain jangan dengki 4 : Sentiasa berterima kasih dan bersyukur 5 : jangan jadikan semua benda masalah Sumber : aisyahhijanah 1st menu dari rumah baru tapi dah makan nak habis da 😄

Kemas rumah nak pindah ui!

Image
10bag sampah largee untuk baju hang ja! Jadi anda masih kata tak dak baju lagi ka? HAHA

Resepi mussel

Image
Teringin makan macam anju makan mussel perah 🍋   Masak mussel cili padi lemak Bawang merah Bawang putih Cili api hijau/merah *blender Cili api merah vietnam ketuk sikit bagi extra pedas Serai 2 batang titik Da siap semua nak dekat masak Tambah tepung beras 2 sudu bancuh air untuk pekatkan kuah Santan 1 sudu Sos ikan Asal nak guna tepung jagung tapi da habis ada tepung beras je hihi pastu rasa nak lemak sikit la jadi tambah la santan Kemudian dah makan orang comment sedap jadi kekalkan la resepi tepung beras dengan santan 😅 Last amek 🍋 potong kecik2 buh dalam mangkuk isi ais 2 ketul terus feeling kat kedai makan seafood fresh

Rumah kami!

Image
Ni musim pkpb proses pindah rumah ni dapat diteruskan dengan lancarrr... Excited nak simpan gambar-gambar rumah kami (rumah lama ok la share ek rumah) 😬😬 Rumah pertama  Setahun sebelum pindah bertukar dinding warna ungu Rumah kedua (Raya 2018)   Rumah pertama kami da jual alhamdullilah dapat jual ngam2 sebelum pkp urusan dipermudahkan.. Rumah kedua kami baru dapat kunci  Saya sedang usaha rumah ketiga rumah di kl jika la berpeluang rezeki ada.. andaikan dpt kami saki baki rumah murah 😬 Harap-harap luas rezeki kami. Amin amin Ya Rabbalalamin ❤️❤️ Kawasan Jajahan : Rawang  ✅  Gombak  ✅  Cheras ✅ Perak✅ Next??

Cancel booking agoda

 Pertama sekali silaa book yang boleh cancel je ye 😅 Cancel sebelum dari tarikh akhir yang dibenarkan.. terus tekan cancel my booking. Tunggu je nanti dalam 3-7 hari duit akan masuk direct dalam account yang korang gunakan semasa bayar nak booking tu.. tak perlu call tunggu jeeee... macam aku hari tu 3 hari je selamat masuk dalam account bank.. Nampak info remeh tapi berguna oo aku rajin search blog kalau ada apa2 yang aku nak tahuuuu

Tersalah no account semasa transfer online

Korang tersalah masuk no account penerima masa buat online banking Jangan risau pertama sekali korang perlu call bank penerima untuk korang check no yang korang tersalah tekan tu wujud atau tak.. Jika tak wujud ok korang da lega tak perlu buat apa apa lagi korang perlu tunggu je nanti duit yang korang transfer akan return back masuk account korang automatic gagal transfer sebab no account tu tak wujud. Amek masa 2 hari je.  Tak perlu report TAPI Kalau masa korang call check no penerima yang korang salah tekan tu wujud dan selamat terus masuk account yang salah ni agak payah sikit.  Korang perlu buat report polis berkenaan tersalah masuk no account kemudian perlu ke bank korang untuk buat report. Untuk pihak bank mereka akan menjadi wakil korang untuk trace penerima salah tu dan membuat tuntutan untuk pulangkan duit korang. Ini agak mencabar ikut budi bicara penerima salah tu untuk pulang balik atau tak..  Macam kes aku nasib baik no tu tak wujud...

Scammer BOKU telco digi

BOKU Aku kene tolak setiap minggu Rm5 bila pergi digi centre dia cakap boku tu salah satu channel Netflix yang aku dah langgan.. suruh aku call Netflix untuk cancel. Sekali call Netflix biasalah kene ckp omputih ( jgn takut cakap je mereka faham) haha sekali takde sebarang channel dalam netflix atas nama boku dan xde channel yang berharga rm5. Bila aku pergi balik digi mereka boleh pulak buat report dan credit kn balik ke account aku nilai yang ditolak. Jadi memang ketara macam berkomplot dengan telco.  Jadi kalau ada yang kene tolak duit sebabkan web BOKU sila la report dengan telco dan tuntut untuk telco bertanggungjawab dan bayar semula nilai yang ditolak.