April 23, 2020

Trip sabah ke kota kinabalu dan kundasang

4 hari 3 malam (cost untuk 2 orang)

1.Tiket flight Airasia = RM 640 
2.Hrga bas ke KLIA = RM 12 X 2
3.Hotel KK 2 malam = RM 133 (hotel plaza)
5.Hotel kundasang =RM 130 (hounan ridge farmstay)
6.Kereta axia 2hari 1 malam = RM 190
7.Minyak kereta Rm60
8.Pusing 3 pulau (manukan/mamutik/sapi) + bayaran terminal + entrance fee pulau + life jacket&mask snokel. RM 50.

++ makan,entrance fee masuk tmpt2 lain, grab =

**** 
Total = RM1410.90

Di kk hotel plaza adalah yang terbaik sebab berdekatan dengan semua tempat berdekatan todak waterfront pasar filipin jesselton point semua boleh jalan kaki. Kalau berdua la tak de masalah.



Bab makan kami ada cuba yang lain sikit kat sana mcm kuih cincin amplang tu semua da biasa da dptkan. Ni antara yang kami sempat cuba.
Buah la bambangan macam mangga masam sikit. Nasi tu lupa apa nama tp dalam menu tu ada hinava isi ikan campur bambangan mcm style kerabu tp masam teruk. Bambangan ni mcm mangga yang ada aroma mcm kuini pstu order air pn air bambangan berdesing otak masam2 semua haha makan ni kat restoran D'place makanan tradisional kadazandusun.



Buah tarap ni susah nak bagitahu rasa macam mana tapi sedap jugak kami beli sebiji sekali di kupas isi penuh kecik2. Tak larat makan kat tepi kedai tu kat sana kat hotel tak boleh bawa masuk buah durian, bambangan dan tarap ni haha bau kuat sgt.


Durian merah nampak pelik tp mmg terliur betul bygkan sejuk2 ke arah kundasang bau durian mmg tak tahan la. Beli sepeket sedap sgt isi tebal.


Lokan bakar dan kelapa bakar Jln Sulaman (korang singgah masa nak ke kundasang ye dia sama arah laluan nk ke kundasang)



Latok dan seafood



Pusing pulau 3pulau guna masa sehari makanan boleh beli siap2 di jesselton point tu makanan sedap kat restoran sebelah kedai kek lupa pulak ambil nama restoran. Hari ke 3 pun pergi beli makan tengah hari kat sana. Pergi pulau tak payah bawak barang banyak2 baju tukar pun tak payah kalau korang berniat nak berjalan kaki dari jesselton point ke hotel. Tapi tengok la kami barang byk betul bawak bosan betul pgg berat2 ke hulu ke hilir haha tp balik tu dua2 berjalan je basah2 kuyup sampai hotel kering da jalan dalam 20-25minit je..








Di kundasang tinggal di hounon ridge farmstay. Tapi yang tak best nye jalan nak ke sana tu teruk dan menyeramkan. Aku pulak silap sgt nk checkin dari ranau dlm 45minit masa tu da pukul 4 lebih. Da separuh jalan hujan pokok tumbang jalan rosak teruk takut sangat masa tu terpaksa patah balik ikut laluan lain masa patah balik da pkul 5 lebih tengok dari situ untuk pusing ke laluan lain ambil masa sejam lebih lagi. Allah rasa nak nangis takut jalan hutan lampu xde mmg tawakal je la dengan kereta sewa viva jalan bukit. Smpai dalam 7lebih. Kat sana 7 lebih tu isyak tauuuuuuuuuuu. Bygkan da gelap. Tak nak fikir da la Alhamdullillah xde apa2 jadi. 




Tunggu view gunung kinabalu.







Desa dairy fardm ni biasa la malas cerita da....


April 15, 2020

Diberi cuti atau kerja dari rumah

Kalau korang rasa diberi cuti itu yang jadinya balik ke kampung la tak pun berjalan merata duduk di PJ nak pi tesco kepong beli beras kemudian hang lajak pasar chow kit untuk pi beli ikan. Alasan da biasa beli situ.. Kalau bebas sgt dan kesana sini bt perkara yang tak perlu tu pn mematahkan lagi peluang kita nak sembuh.

Tapi bila suruh buat kerja dr rumah mula da keluar macam2 ragam la mula keluar ada yang berada di kg x boleh bt kerja dr rumah. Xnk keluar rumah sb risiko. Tapi kenapa balik kg? Dan yg paling win kerajaan bg cuti knp perlu bt kerja dr rumah kita bukan frontliner.

Kalau perlu berkerja fikirkan jalan yang terbaik meminimum kan pergerakan kalau blh susun kerja bt dari rumah kalau perlu je ke tempat kerja berhati-hati la jaga diri demi kesihatan dan kelansungan ekonomi.

Jadi apa ragam korang? Jangan cerita part org =p


Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...