October 16, 2020

Jalan terengganu dan pulau kapas 2020

Singgah PASAR NELAYAN BALOK, KUANTAN untuk beli ikan untuk dimasak apabila sampai di terengganu (view cantik dan kat situ boleh amek gambar boat-boat nelayan, waktu operasi bermula pada jam 12 Tengah hari)


PANTAI KEMASIK, KEMAMAN
(Wajib pergi sini sangat cantik)




KAMPUNG JAMBU BONGKOK, MARANG
(Wajib pergi jugak kg yang sangat cantik lagi yang nak terbang drone)





👆🏻 Pergi semasa dalam perjalanan ke MARANG ye 

TEMPAT TINGGAL :

SAUDAGAR BEACH HOUSE, MARANG
(View pantai bilik sebelah pantai boleh mandi dan nampak pulau kapas) 
Bilik kecil 1 queen RM60
Bilik besar 2Queen 1 single RM80-RM150 
(Bbq dan aktiviti memasak dibenarkan tapi guna dapur sendiri boleh dilakukan di meja rehat dibelakang bilik)
Bilik ok cuma biasa la rupa mcm bilik chalet tepi pantai tp ok je selesa cuma rupa takde tak cantik 😛
P/s mintak harga frontliner 😬


👇🏻 Selepas checkin sampai di MARANG

 KG RHU DUA (pokok kelapa viral tu) 






PANTAI PULAU KEKABU/BENTENG PANTAI PULAU KEKABU MARANG

  

DATARAN BATU PUTIH 
(15minit jetty marang)

Beli dodol palas kt sini murah sikit dari pasar payang cuma rasanya kurang sedap baik beli di pasar payang dannn perjalanan nak kesini jalan berbatu sikit pastu jauh ke dalam tempatnya
(Waktu operasi 2petang ke atas)

Hari ke2 : PULAU KAPAS
Hari ke 2

PASAR MARANG untuk dimasak malam (waktu operasi pagi sehingga jam 5 petang)

Sarapan di Warung Rusila 
(Menu roti canai lembut nasi lemak ikan tongkol, nasi dagang semua pun sedap harga makanan pun murah)
 
Ke JETTY MARANG untuk ke PULAU KAPAS parking Rm5 per day
RM 50 1pax (snorkelling taman laut, equipment, bot transfer, hikking bukit singa) 
Kaunter 1 : SURIA LINK

Boat bertolak 9 pagi - waktu balik boat terakhir pada jam 5.30





Masa ni baring di pulau pandang langit dengar lagu
 "Last of mohicans (guitar instrumental) memang besttttttt 
Line digi sangat baik dekat pulau ni

Hari ke 3 : checkout

Makan pagi : Lempeng rusila (buka jam 9 pagi)
Menu lempeng kelapa, makanan tengah hari pun ada, cendol durian

MASJID TERAPUNG

Makan Tengah hari : Restoran Al-Hijrah Oasis, Kuala Terengganu (waktu operasi 10.30-7) 
Menu best sup herba, ayam masak kicap halia, daging bakar masak cendawan lada hitam. Total Rm39 ok la harganya.

D'COTTAGE HOMESTAY KAMPUNG WAKAF TEMBESU

2bilik = 1malam RM170
3h2m RM340



Bilik berasingan bab kebersihan dan keselesaan baik, ada peti ais kecil disediakan, boleh memasak terdapat sinki diruang rehat dan meja makan, pool juga cantik dan x begitu cetek dan x begitu dalam untuk kanak2 lebih kurang 3ft. 
Yang kurang takde privasi disebabkan homestay bersebelahan dengan rumah owner, bilik betul2 memuatkan 1 bilik 4 dewasa lagi 1 bilik 3 dewasa. Tilam dan bantal extra disediakan cuma ruang x mengizinkan untuk tido lebih ramai lagi. Selalu kita bayangkan homestay mesti ada ruang tamu. Ini takde mcm dia buat 2 biji rumah bilik studio tanpa dapor.
TAPI bilik 1 queen attach dengan rumah owner dengar owner kacau air. Hehe

Untuk part homestay ni pula rupa memang cantik tapi kurang keselesaan dari segi privacy je. Bab privacy nasib baik dekat pool ada rimbunan pokok terlindung sikit batasan pandangan


ILOVEKT



PASAR PAYANG

Makan malam di sofia bistro, Di Seberang Takir
(Laksa kt sini sedap sangat)

 UPTOWN KONTENA ( saya pergi waktu malam saya sarankan korang pergi waktu petang lagi cantik )
Makanan ok murah dan sedap 



Hari ke 4 : 
 
Sarapan di warung dekat Seberang Takir berhampiran bulatan. Sedap dan murah juga

DRAWBRIDGE KUALA TERENGGANU
Masuk RM 5
(Waktu operasi 10pagi - 6 petang)








Muzium terenganu
Rm5


MASJID KRISTAL

Makan malam : PLANET ICT (sotong goreng tepung dan mee celup)

Sotong goreng tepung Rm10 sotong kecik2
Kalau Rm 15-25 size besar sikit
Udang goreng tepung Rm10
Mee celup Rm 4.50-7.50






Hari ke 5
Checkout jam 12 ✔

 PANTAI BATU BURUK

Keropok Losong, kat keropok losong paksu

Kedai keropok keping/leko Kak Yati, pengkalan setar










Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...