October 21, 2020

Cancel booking agoda

 Pertama sekali silaa book yang boleh cancel je ye 😅

Cancel sebelum dari tarikh akhir yang dibenarkan.. terus tekan cancel my booking. Tunggu je nanti dalam 3-7 hari duit akan masuk direct dalam account yang korang gunakan semasa bayar nak booking tu.. tak perlu call tunggu jeeee... macam aku hari tu 3 hari je selamat masuk dalam account bank..


Nampak info remeh tapi berguna oo aku rajin search blog kalau ada apa2 yang aku nak tahuuuu

October 20, 2020

Tersalah no account semasa transfer online

Korang tersalah masuk no account penerima masa buat online banking

Jangan risau pertama sekali korang perlu call bank penerima untuk korang check no yang korang tersalah tekan tu wujud atau tak..

Jika tak wujud ok korang da lega tak perlu buat apa apa lagi korang perlu tunggu je nanti duit yang korang transfer akan return back masuk account korang automatic gagal transfer sebab no account tu tak wujud. Amek masa 2 hari je. 

Tak perlu report

TAPI

Kalau masa korang call check no penerima yang korang salah tekan tu wujud dan selamat terus masuk account yang salah ni agak payah sikit. 

Korang perlu buat report polis berkenaan tersalah masuk no account kemudian perlu ke bank korang untuk buat report. Untuk pihak bank mereka akan menjadi wakil korang untuk trace penerima salah tu dan membuat tuntutan untuk pulangkan duit korang. Ini agak mencabar ikut budi bicara penerima salah tu untuk pulang balik atau tak.. 


Macam kes aku nasib baik no tu tak wujud...

October 19, 2020

Scammer BOKU telco digi

BOKU

Aku kene tolak setiap minggu Rm5 bila pergi digi centre dia cakap boku tu salah satu channel Netflix yang aku dah langgan.. suruh aku call Netflix untuk cancel. Sekali call Netflix biasalah kene ckp omputih ( jgn takut cakap je mereka faham) haha sekali takde sebarang channel dalam netflix atas nama boku dan xde channel yang berharga rm5. Bila aku pergi balik digi mereka boleh pulak buat report dan credit kn balik ke account aku nilai yang ditolak.

Jadi memang ketara macam berkomplot dengan telco. 

Jadi kalau ada yang kene tolak duit sebabkan web BOKU sila la report dengan telco dan tuntut untuk telco bertanggungjawab dan bayar semula nilai yang ditolak.



October 16, 2020

Jalan terengganu dan pulau kapas 2020

Singgah PASAR NELAYAN BALOK, KUANTAN untuk beli ikan untuk dimasak apabila sampai di terengganu (view cantik dan kat situ boleh amek gambar boat-boat nelayan, waktu operasi bermula pada jam 12 Tengah hari)


PANTAI KEMASIK, KEMAMAN
(Wajib pergi sini sangat cantik)




KAMPUNG JAMBU BONGKOK, MARANG
(Wajib pergi jugak kg yang sangat cantik lagi yang nak terbang drone)





👆🏻 Pergi semasa dalam perjalanan ke MARANG ye 

TEMPAT TINGGAL :

SAUDAGAR BEACH HOUSE, MARANG
(View pantai bilik sebelah pantai boleh mandi dan nampak pulau kapas) 
Bilik kecil 1 queen RM60
Bilik besar 2Queen 1 single RM80-RM150 
(Bbq dan aktiviti memasak dibenarkan tapi guna dapur sendiri boleh dilakukan di meja rehat dibelakang bilik)
Bilik ok cuma biasa la rupa mcm bilik chalet tepi pantai tp ok je selesa cuma rupa takde tak cantik 😛
P/s mintak harga frontliner 😬


👇🏻 Selepas checkin sampai di MARANG

 KG RHU DUA (pokok kelapa viral tu) 






PANTAI PULAU KEKABU/BENTENG PANTAI PULAU KEKABU MARANG

  

DATARAN BATU PUTIH 
(15minit jetty marang)

Beli dodol palas kt sini murah sikit dari pasar payang cuma rasanya kurang sedap baik beli di pasar payang dannn perjalanan nak kesini jalan berbatu sikit pastu jauh ke dalam tempatnya
(Waktu operasi 2petang ke atas)

Hari ke2 : PULAU KAPAS
Hari ke 2

PASAR MARANG untuk dimasak malam (waktu operasi pagi sehingga jam 5 petang)

Sarapan di Warung Rusila 
(Menu roti canai lembut nasi lemak ikan tongkol, nasi dagang semua pun sedap harga makanan pun murah)
 
Ke JETTY MARANG untuk ke PULAU KAPAS parking Rm5 per day
RM 50 1pax (snorkelling taman laut, equipment, bot transfer, hikking bukit singa) 
Kaunter 1 : SURIA LINK

Boat bertolak 9 pagi - waktu balik boat terakhir pada jam 5.30





Masa ni baring di pulau pandang langit dengar lagu
 "Last of mohicans (guitar instrumental) memang besttttttt 
Line digi sangat baik dekat pulau ni

Hari ke 3 : checkout

Makan pagi : Lempeng rusila (buka jam 9 pagi)
Menu lempeng kelapa, makanan tengah hari pun ada, cendol durian

MASJID TERAPUNG

Makan Tengah hari : Restoran Al-Hijrah Oasis, Kuala Terengganu (waktu operasi 10.30-7) 
Menu best sup herba, ayam masak kicap halia, daging bakar masak cendawan lada hitam. Total Rm39 ok la harganya.

D'COTTAGE HOMESTAY KAMPUNG WAKAF TEMBESU

2bilik = 1malam RM170
3h2m RM340



Bilik berasingan bab kebersihan dan keselesaan baik, ada peti ais kecil disediakan, boleh memasak terdapat sinki diruang rehat dan meja makan, pool juga cantik dan x begitu cetek dan x begitu dalam untuk kanak2 lebih kurang 3ft. 
Yang kurang takde privasi disebabkan homestay bersebelahan dengan rumah owner, bilik betul2 memuatkan 1 bilik 4 dewasa lagi 1 bilik 3 dewasa. Tilam dan bantal extra disediakan cuma ruang x mengizinkan untuk tido lebih ramai lagi. Selalu kita bayangkan homestay mesti ada ruang tamu. Ini takde mcm dia buat 2 biji rumah bilik studio tanpa dapor.
TAPI bilik 1 queen attach dengan rumah owner dengar owner kacau air. Hehe

Untuk part homestay ni pula rupa memang cantik tapi kurang keselesaan dari segi privacy je. Bab privacy nasib baik dekat pool ada rimbunan pokok terlindung sikit batasan pandangan


ILOVEKT



PASAR PAYANG

Makan malam di sofia bistro, Di Seberang Takir
(Laksa kt sini sedap sangat)

 UPTOWN KONTENA ( saya pergi waktu malam saya sarankan korang pergi waktu petang lagi cantik )
Makanan ok murah dan sedap 



Hari ke 4 : 
 
Sarapan di warung dekat Seberang Takir berhampiran bulatan. Sedap dan murah juga

DRAWBRIDGE KUALA TERENGGANU
Masuk RM 5
(Waktu operasi 10pagi - 6 petang)








Muzium terenganu
Rm5


MASJID KRISTAL

Makan malam : PLANET ICT (sotong goreng tepung dan mee celup)

Sotong goreng tepung Rm10 sotong kecik2
Kalau Rm 15-25 size besar sikit
Udang goreng tepung Rm10
Mee celup Rm 4.50-7.50






Hari ke 5
Checkout jam 12 ✔

 PANTAI BATU BURUK

Keropok Losong, kat keropok losong paksu

Kedai keropok keping/leko Kak Yati, pengkalan setar










Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...