March 26, 2020

Resepi donut dan pizza frozen

Resepi donut untuk kuantiti sikit ni.

Yis 1 sudu
Susu pekat 1 sudu
Air suam 1cawan
**campurkan biar dalam 1/2 jam sampai da membuak2 yis tu.

Tepung gandum suku plastik (nanti adunan lembik boleh tambah lagi) marjerin 1 sudu
**gaulkan dulu dengan marjerin. Kemudian masukkan yis tadi uli sampai doh tak lekat kat tangan dan kat bekas2 tu... Tutup biarkan doh tu naik.

**dah naik boleh buat bulat2. Kemudian tunggu bagi naik dulu baru gorengkan. Sedap lembut je..
Buat 10 biji donut..

Baki tepung tu boleh buat pizza frozen
** buat bentuk pizza kosong ye yang korang nak bulat @ petak. Cucuk2 ngn garpu kemudian bakar 5 minit simpan kt bahagian beku...

** sos dia sos prego tumis bawang merah yang dipotong dadu masukkan sos prego agak2 la banyak mana korang nak sos tu. Kemudian boh garam siap simpan kat peti ais..

Bila nak makan keluarkan cairkan sekejap kemudian letak la bahan2 tu. Kemudian bakar lagi dlm 10minit.. Lembut je pizza tu. Doh tadi boleh dapat 4 biji size macam ni. Doh donut tadi dapat di makan 3 hari.
Hehe

March 23, 2020

Kereta tak terbang 2020

Yer kereta tak terbang macam dalam lukisan "wawasan 2020". 18/3/2020 - 31/3/2020 14 hari Malaysia RMO duduk diam2 kat rumah. Cuma kesian pada peniaga2 kecil yang makan gaji harian agaknya macam mana hidup mereka. Yang si kaya pula lagaknya keluar2 rumah macam tak ambil serius.. Bagi aku yang mana keluar ni memang jenis yang hidup senang kuarantin macam mana pun gaji dapat. Takde risau dan takde rasa tanggungjawab sebab lansung takde ahli keluarga yang jadi pasukan barisan hadapan yang berisiko dijangkiti... Pentingkan diri... 

Rakyat Malaysia sentiasa dalam doa kita semua =(




March 15, 2020

Nasi ayam rempah




Nasi ayam : (nasi 3 pot)
Daun pandan 6helai
Bunga cengkih,bunga lawang & kulit kayu manis
Mentega 2 sudu
Kiub ayam 1/2 kiub
Halia hiris

Tumis sampai naik bau. Campur dalam beras bersama2 air rebusan ayam sukat la bg nasi masak elok.

Ayam rempah : ayam dlm 7ketul
Serai 4 btg
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh ketumbar
Sedikit kunyit hidup
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
Garam
Daun kari
*blender semua gaulkan dgn ayam perap 1/2 jam. Nk effect ada serdak2 tu potong serai jgn halus2 bulat2 mcm nk msk rendang potong kasar2 biar x hancur. Bila ayam da nk masak tabur daun kari. Wangi...

Bahan2 cili:
1 biji tomato
2 biji Cili besar
5 biji cili vietnam merah
2 ulas bawang putih
1 sudu air asam jawa
Garam
Gula
Cili sos thai
Cuka sikit

Yg xde sukatan main agak2 je letak... Cili ni versi pekat mcm kt CRS sebab tak suka sgt cili cair yg manis tu.

Sup kosong :
Air rebusan ayam
Tambah air
1/2 kiub ayam
Garam
Daun sup

Simpan sini esok2 nk msk puas google blk taubat x jumpa daaaaaaaa... Hehe

Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...