October 19, 2021

Maeps

Lepas CAC doktor akan decide arah tuju kita patut kuarantin dimana.. Macam saya doktor arahkan ke maeps, serdang.. Balik rumah terus berkemas jam 6.30 pm van datang jemput kita. Di jemput bersama-sama dengan beberapa pesakit lain yg berada dia kawasan sekitar 




Nasib baik kejiran jenis yang OK tak takut dengan kami yg dijangkiti tak kecoh masa kene angkut 😅

Saat tiba kat maeps apa proses yang kita kene lalui :
1 : check tekanan darah, ambil darah dan check oksigen
2 : bawa beg masuk ke bahagian xtray untuk xtray bahagian dada
3 : jumpa doktor untuk perbincangan dan cerita serba sedikit tentang simptom2 yang kita dah alami dan latar belakang penyakit kita jika ada.
4 : tunggu nama di panggil dalam sesi pengagihan katil kemudian kita tunggu bas untuk ambil kita untuk ke hall
(Semua ni ambil masa 7.30-11:00)


3: jumpa doktor

Pintu keluar tu ke arah kita nak ke hall kita.. (itu bukan beg saya haha)



Selamat sampai katil berdepan pintu masuk.. masa nak masuk mereka akan ketuk2 grill tu nanti akan terbuka.. mmg betul2 terkurung 😅 


Saat tertutup pintu..







Kaunter ubat bergerak



Port nak cas ada 3 tempat cas. Plug tak tersedia dekat katil 😅



Toilet tandas sekali showerr 



Jugak tersedia 2 biji mesin basuh dekat dalam toilet..



Ruang solat


Tempat ambil air panas dan sejuk. Dan mesin syiling tu


Ada air kotak, tin, maruku, kerepek, biskut, air 3 in 1, sabun buku dan maggi ( mcm dlm gambar ni ada yang da habis tu)



Selepas mencuci tempat sidai kita gantung merata-rata macam ni. Jangan risau baju kering walaupun tanpa matahari dan perah pakai tangan je sb basuh tangan..

Selamat 8 hari 7 malam kat sini 😌
Barang yang dibawa :
Baju 4 helai 
Seluar 2 helai
Stokin 1
Tudung 3 ( hall perempuan semua tapi petugas2 banyak lelaki)
Tuala.
Hanger 
Sabun lux buku untuk basuh baju ( kalau nak basuh mesin bawa la sabun serbuk)
Toiletries
Selipar
Telekung / sejadah
Ubat (macam saya bawa lemon/madu/ubat batuk/habbatussauda)
3 in 1 & biskut
Cawan dan sudu


Beg kita kecik je yang lain beg balik kg naik flight pun kene check in beg punya sb besar sgt 😜


Di antara menu menu kat sana. Tapi semua sedap 



Amek darah hari-hari sampai lebam2 tangan ðŸ˜Ē Ada yang kene xtray selalu.. tengok tahap jangkitan covid kita pada tahap yang mana. 



Barang tambahan dari suami bagi keesokkan hari nya.. hantar barang boleh jumpa tak boleh. Hantar kt guard sebelum pukul 1 tengah hari.. 


 Ni order grab charge phone sebab terbawa charge ipong yg slowww woo nak cas tak penuh2. 



Selamat 8 hari 7 malam..



Selamat keluar dari hall ni


Keluar dari pagar ni. 8 hari tak tengok dunia luar



Naik bas khas untuk ke pintu keluar maeps kat situ keluarga tunggu untuk jemput kita ( masuk maeps kene angkut balik maeps kene balik sendiri ) 


September 12, 2021

Positif covid 😷


Hari pertama :  
Bersin selesema sebelah pagi dan tengah hari mulai demam pada suhu 37.60 Makan panadol 2 biji. Dari jam 2.30-12malam suhu makin meningkat tak turun dari 37.65 ke 38.01 ke 38.15 ke 38.35 ke 38-51 ke 38.92 ke 38.95

Hari kedua :
Selsema hilang lepas hari pertama makan ubat selsema. Tapi demam sehingga tengah hari tu cecah suhu 39.14 walaupun makan panadol
Pergi swab tengah hari di Poliklinik berharga RM 80 (RTK) lepas setengah jam: result keluar positif........

Balik lepas da tahu positif gelang takde lagi sebab gelang boleh dapat hanya dia CAC KKM sahaja kalau buat dekat Swasta takde gelang cuma dapat result slip positif jee..

Memula sekali daftar Mysejahtera. Dalam 2 hari macam kes saya CAC call dan bagi appointment untuk datang pada hari berikutnya. Tetapi ada kes yang CAC tak call, kalau macam tu korang la kene walkin dia CAC terdekat. Di CAC dapat gelang dan slip kuarantin..







June 12, 2021

Resepi daging bakar









Resepi daging bakar:

Bawang putih 
Halia 
Kicap manis
Sos tiram
Gula merah
Serbuk paprika 
Garam perasa

Sos cili
Cili kering
Bawang merah bawang putih
Gula merah 
Limau kasturi
Sos cili thai
Cili merah vietnam
Daun ketumbar (akar & daun)

Feeling habis dah dapat buat macam ni, percaya laaaaaa ðŸĪ­
Tak nak gemok sorang-sorang share dengan jiran2 kiri kanan huhu

June 5, 2021

Selamathariraya

 


Masak banyak boleh beri dia bawa gi kerja. Sedih tak dapat beraya, Selamathariraya!! ðŸĪŠ

Masa-masa sekarang PKP kejiranan kene main peranan. Yang  baik mcm ni la yang susah dibantu. Time2 ni jangan ada yang selfish sebab esok2 takut terjadi kat kita.. orang kata la ni kalau nak takut dah tak larat takut sebab dikelilingi orang yang dijangkiti. Cumanya kita kita boleh lebih tawakal berserah dan sentiasa berjaga-jaga jee dan yang paling penting mana kejiranan nak di bantu kita bantu..





Malam lapar itu masalah pkp kedai bukak sampai pukul 8 kadang-kadang terpikir nak meniaga jee mesti ramai yang kelaparan waktu malam ðŸĪŠ
1. Bubur nasi feeling-feeling lepastu ni resepi no. 2 👇ðŸŧ

Mee kuah/mee hailam resepi :
Bawang merah hiris
Bawang putih hiris
Cili kisar
Lada sulah
Cili sos
Kicap manis
Sos tiram 
Ayam fish cake/fishball
Tomato

Tumis bawang hiris naik bau masukkan cili kisar masuk ayam fish ball/fishcake masuk lada sulah,cili sos,kicap manis,sos tiram, tomato dan air (telur diganti untuk pekatkan kuah sebab tepung jagung takde telur pun ok kuah jd pekat jugak)

May 15, 2021

Hi,
Da lama tak naik moto selepas jual versys




Memang sakit kepala jenuh berhenti betulkan helmet kasi tak sakit. 
(Balik dari Lumut kami jual 2 biji helmet zeus ni sebab nye nak buat pakai dekat2 pun sakit kepala tak selesa)
Bab sakit pinggang tak sakit sebab da siap-siap cari tips tak sakit pinggang huhu tips : pembonceng kene duduk rapat rapat peluk tu confirm tak sakit. 










last sekali panaroma senja di sawah padi yang menghijau, perjalanan balik hari ke Lumut ðŸŦĒ




April 30, 2021

Zaman fitnah

Sekarang rasa melampau lampau sangat fitnah nye sampai kita susah nak bezakan mana satu yang betul!

Mudah mudah sangat ni keluarkan cerita.. Dia umpama pagi ni berpihak kat si pengadu dengar cerita di goreng-goreng cerita tu burukkan kaw kaw si pesalah. 

Petang sikit ko tengok balik cerita tu mudah mudah je jalan cerita da terbalik si pengadu putar alam si pesalah tu mangsa.. 

Besok pagi tengok balik boleh jadi terbalik cerita lagi..

gile betul la tahap fitnah da semakin extreme! 





Jambatan warna warni

Jambatan Pelangi, bandar Elmina ni bandar baru dekat Shah Alam nk bergambar memang cantik nak2 kene cahaya matahari jam 1 tengah hari hehe panas tu memang terik la tapi pencahayaan cantik HaHa



Mibooblue owner yang bila bawak laju je memanjang haha takut i huhu






Rainbow Bridge, Bandar Elmina ☑️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

April 23, 2021

Smoked kingdom, putrajaya

Memperkenalkan mibooblue,



Jadi hujan kita harungi biar basah janji sampai hehe separuh baju da basah seluar basah tang kaki. Nasib baik hujan sekejap je walaupun lebat.. kalau basah lencun macam mana nak masuk kedai makan 😂






SMOKED KINGDOM by USTAZ DON DANIYAL

Kene book siap siap ye NO TEL 019-8569140
Akan dapat menu kene order dan terus bankin before jam 5 petang, Nah antara menu dia :







Yang kami order :-
Grilled lamb shoulder 1x
Buttermilk chicken 1x
Chocolate wafle 1X
Passion fruit 1x
Warm water 1x
Total : Rm 72.60







Portion nye bagi saya banyak sepinggan boleh makan 2 orang untuk lamb chop ni..







Soooo smoked kingdom putrajaya ☑️⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Selepas Raya 2023

26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...