Migibooo
Love.live.laugh.Love.live.laugh
May 1, 2025
Selamat Hari Raya 2025
April 27, 2023
Selepas Raya 2023
Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi la sikit lepastu terlintas kat fikiran kenapa kita jer yang da tak raya lagi !!!
Menu makan malam : sambal merah + telur dadar
(Cili merah + cili api + bawang merah + tomato + ikan bilis)
November 14, 2022
Lemang Ustaz by Achey
Dibuka 3.00pm hingga 11.00pm
Alamat : Persiaran Delima, Kampung Paya Jaras Hilir, 40160 Sungai Buloh Selangor
Tel No : 017-648 2374
Kami cuba hampir kesemua menu dia.
1. Beriani kambing meriam buloh yang best nanti pekerja buat persembahan ketuk2 buluh kemudian tuang dari buluh: migiboo bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Saya bagi ⭐️⭐️⭐️ Sebab kering saya suka pada yang basah.
2. Shellout
Migiboo bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️
Saya bagi masih ⭐️⭐️⭐️ Sebab rasa nye tak pedas kuah.
3. Lemang & rendang daging
Saya dan Migiboo bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️ Sedap jugak lemang lembut lemak rendang pun secukup rasa.
Lokasi kedai ok tak sesak sangat dan ruang parking pun besar dan secukupnya..
October 24, 2022
Bertuahnye 2022 😘
October 23, 2022
Smoked Kingdom sky dinning 118 wangsa maju
18 Oktober sempena hari lahir suami, kami pergi lah cuba makan di Smoked Kingdom Sky dinning 118 wangsa maju. Nak waze payah jugak sebab tak jumpa alamat tepat untuk lokasi ni sampai terpaksa whatsapp mintak share location
Suasana restoran masa ni hanya ada 2 pelanggan sahaja memang sunyi. Mungkin sebab hari biasa ni.
Ribeye ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Total : RM 140
October 17, 2022
Kedai makan viral : Butik Roti Maria
Butik Roti Maria, Restoran Tepi Sungai Mesra Kanak-Kanak
Lot 2861, Butik Roti Maria, Kampung Sungai Mahang, 71700, Nilai, Negeri Sembilan
Whatsapp no 011-70175632 untuk dapatkan meja sebelum datang jangan walkin ye meja terhad
Suasana ada tarikan tersendiri kalau dapat gunakan kelebihan tu dengan baik lagi bagus. Pelanggan akan ulang datang kalau menu2 makanan pelbagai, mahal takpe janji sedap. Dan cuba cari resepi bancuh air supaya sedap sikit biar rasa lebih special sikit sebab nama air dalam menu bunyi da special da chocolate kaw kaw kopi kaw kaw air bunga telang lemon tp semua tak sedap. Tapi makanan sedap cuma tak dipelbagaikan menu. Apa apa pun tempat bersih dan cantik Sungai yang bersih, privasi di kelilingi kehijauan yang dijaga untuk keselesaan pelanggan. Pengurusan kedai pn sistematik bagus 😊October 13, 2022
4 amalan surah setiap hari :
Surah Yassin - setiap solat fardhu
Surah Al-Waqiah - waktu dhuha
Surah Ar-Rahman - waktu asar
Surah Al-Mulk - sebelum tidur
Tips rezeki melimpah ruah :
1: Dhuha
2: Tahajjud
3: Al-Quran
4: Zikir 'Ya Wahhab' 40,000 kali sehari
5: Solat berjemaah
6: Jaga Silaturrahim
7: Bersedekah
Selamat Hari Raya 2025
Selamat Hari Raya 2025 Kuala kedah - Sawah Padi - Pekan Rabu - Mee Abbas - Menara Alor Setar - Chatgpt HaHa 2024 tahun saya sibuk melayan ...

-
Gelang pandora putus.. apa nak buat??? Pandora kat Malaysia ni x tawar kan service repair tak kira korang nk bayar sekalipun. kalau...
-
26 April 2023, 8.59pm. Suasana kat jalan raya masih dalam suasana raya, boleh pusing pusing bandar dengan begitu lancar ye! Cuma rasa sunyi ...
-
Lepas shopping bila korang balik tengok barang yang dibeli takde tak kira la satu plastic tinggal atau satu dua barang je tinggal. Apa nak b...